suria

Doktor gila seks guna ubat bius, rogol kenalan dan pesakit tak sedarkan diri

Seorang doktor tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas pesakit. -Gambar hiasan

SEORANG doktor dijatuhi hukuman penjara 24 tahun selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan penderaan seksual ke atas tujuh wanita.

Mangsa terdiri daripada kenalan peribadi, pesakit di hospital tempat dia bekerja serta wanita yang dikenalinya secara dalam talian.

Zhi Alan Cheng, 34, mengaku bersalah pada Jun lalu terhadap empat pertuduhan rogol darjah pertama dan tiga pertuduhan penderaan seksual darjah pertama.

Kes itu terbongkar selepas seorang kenalannya membuat laporan polis mengenai rakaman serangan seksual yang ditemui dalam simpanan lelaki berkenaan.

Dia ditangkap pada Disember 2022 dan hasil pemeriksaan polis di kediamannya menemui peranti storan digital yang mengandungi puluhan rakaman serangan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kes rogol beri alasan mati pucuk, mustahil buat jenayah sebab kemaluan hanya 2.54 cm

Lebih menjijikkan, kesemua mangsa diberi dadah dan dirogol ketika tidak sedarkan diri.

Polis juga menemui dadah jenis LSD, ketamin, fentanyl serta ubat bius di rumahnya.

Hukuman penjara itu diputuskan oleh Hakim Ushir Pandit-Durant di Mahkamah Agung Negeri di Queens, New York, Khamis lalu.

Tertuduh juga akan didaftarkan sebagai pesalah seks dan tertakluk kepada pengawasan selepas dibebaskan kelak. – Agensi

 

Artikel Lain