suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek kes rogol beri alasan mati pucuk, mustahil buat jenayah sebab kemaluan hanya 2.54 cm

Perogol perlu diberi hukuman berat agar ia menjadi pengajaran buat masyarakat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki menafikan tuduhan merogol dengan alasan kemaluannya terlalu kecil dan mengalami masalah mati pucuk sehingga mustahil untuk melakukan jenayah itu.

Hossein Mohmoudi, 34, didakwa di Mahkamah Mahkota Snaresbrook, Timur London, atas pertuduhan merogol seorang wanita di Stratford pada Disember 2024.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya mendakwa dirogol oleh lelaki itu ketika dalam perjalanan pulang daripada parti Krismas.

Wanita itu mendakwa suspek menariknya ke lantai dan merogolnya sebelum melarikan diri apabila kelibatnya disedari seorang penunggang basikal.

Dalam keterangannya, mangsa berkata dia tidak mengenali suspek dan hanya kaku ketakutan sepanjang kejadian.

Ketika perbicaraan, peguam bela, David Harounoff berhujah anak guamnya tidak mungkin melakukan jenayah itu kerana kemaluannya hanya bersaiz 2.54 sentimeter (cm).

Ketika sesi perbicaraan, tertuduh pula berkata dia menyangka mengenali mangsa dan menghampiri untuk menawarkan bantuan, tetapi melarikan diri apabila wanita itu menjerit.

Perbicaraan kes berkenaan disambung ke satu tarikh lain. -Agensi.

Artikel Lain