suria

Pemandu teksi nafi rogol wanita tepi jalan, dakwa penumpang rela bogel gara-gara tak mampu bayar tambang

Kawasan sunyi seperti hutan berisiko menjadi lokasi kejadian rogol. -Gambar hiasan

POLIS menahan seorang pemandu teksi pada Isnin atas dakwaan merogol guru warga asing di kawasan hutan.

Mangsa, seorang wanita Afrika berusia 28 tahun membuat laporan kepada polis Thailand pada Sabtu.

Dia mendakwa pemandu itu membawanya ke sebuah kawasan sebelum diheret masuk ke dalam hutan di tepi jalan.

Selain dirogol, dia mendakwa pemandu itu turut melarikan telefon bimbit miliknya.

Dia kemudiannya diselamatkan oleh pengguna jalan raya sebelum dibawa ke hospital.

Balai Polis Thalang, Phuket memaklumkan anggotanya sudah menahan pemandu tersebut di rumahnya.

Pemandu itu mengaku mencuri telefon bimbit mangsa tetapi menafikan tuduhan rogol.

Dia mendakwa wanita itu gagal membayar tambang kerana tidak mempunyai wang.

Tambahnya, wanita itu kemudian menanggalkan pakaiannya untuk membuktikan dia tidak menyembunyikan wang.

Ekoran tindakan itu, dia mengambil telefon bimbit mangsa dan meninggalkannya lokasi kejadian.

Polis masih belum mendedahkan identiti suspek atau butiran mengenai tindakan undang-undang terhadapnya.

Jika didapati bersalah, suspek berdepan hukuman penjara antara empat hingga 20 tahun. -Agensi.

Artikel Lain