suria

Wanita dibunuh kekasih dengan senapang angin, sorok mayat dalam tangki septik

Nurminah hilang pada 10 Ogos sebelum mayatnya ditemukan di dalam tangki septik.

KEMATIAN seorang wanita dikenali sebagai Nurminah yang ditembak dengan senapang angin terus menjadi perbualan ramai.

Mayat  Nurminah, 27, ditemukan di dalam tangki septik yang ditutup dengan pasir, batu dan simen di Desa Perampuan, Lombok Barat, Indonesia.

Kekasih mangsa, Imam Hidayat, 31, menjadi suspek utama kes pembunuhan kejam ini. 

Selepas kejadian, Imam didakwa menggunakan telefon milik mangsa untuk menghantar mesej palsu kepada keluarga.

“Saya mahu berangkat ke Singapura bersama kawan-kawan,” tulis Imam yang menyamar sebagai Nurminah bagi mengaburi keluarganya.

Dalam perkembangan terbaharu, sepupu mangsa, Ahmad Ridwan, menyifatkan suspek sebagai lelaki yang berbahaya.

"Kami tidak lagi menyebut dia psikopat. Kalau ada istilah yang lebih daripada itu, maka itulah dia. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Mayat pelajar universiti swasta ditemukan tergantung pada kipas siling bilik asrama

"Sampai sekarang kami masih tidak percaya mangsa dibunuh dengan cara tidak berperikemanusiaan. 

"Tidak perlu diuji kewarasannya. Ini sudah melampaui batas,” katanya pada Selasa.

Menurut Ahmad lagi, sepanjang hubungan mereka, suspek sering bertindak kasar terhadap Nurminah.

"Dia pernah tampar Nurminah di tempat kerja,” dakwanya.

Untuk rekod, Nurminah  yang juga pekerja kedai sate dilaporkan hilang pada 10 Ogos sebelum keluarganya membuat laporan polis dua hari kemudian. 

Polis menahan suspek pada 22 Ogos sebelum mengumumkan penemuan mayat mangsa pada keesokan harinya. -Agensi.

 

Artikel Lain