suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kami hanya keluarga kehilangan anak” - Ibu mangsa tikam sekolah Bandar Utama mohon sokongan rayu keputusan mahkamah

Ibu mangsa meminta orang ramai supaya membantu menyebarkan rayuan berkenaan.

PETISYEN yang menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah dalam kes tikam seorang pelajar di sebuah sekolah di Bandar Utama turut mendapat sokongan daripada ibu mangsa.

Dalam satu hantaran di Facebook, ibu kepada Yap Shing Xuen iaitu Wong Lee Ping berkata keluarganya menghormati mahkamah dan proses undang-undang, namun merasakan tidak banyak yang boleh dilakukan mereka sebagai keluarga mangsa.

"Kami bukan hakim dan bukan pendakwa raya. Kami hanyalah sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan. Kami tidak meminta sesiapa membuat keputusan awal mengenai kes ini.

"Kami hanya berharap proses undang-undang yang sewajarnya diberi pertimbangan serius. Selain itu hak untuk merayu, sekiranya dibenarkan di sisi undang-undang dapat dilaksanakan sewajarnya dan suara seorang ibu yang kehilangan anak perempuannya akan didengari,” katanya.

Wong menggesa orang ramai yang prihatin terhadap keselamatan sekolah serta hak dan kebajikan kanak-kanak dan golongan muda supaya membantu menyebarkan rayuan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar mangsa bunuh ditikam 200 kali dari leher turun ke paru-paru serta kaki

Wong turut menyeru mereka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam undang-undang jenayah dan prosiding rayuan supaya tampil memberikan panduan dan bantuan kepada keluarganya.

Keluarga itu menggesa orang ramai menandatangani petisyen bagi mendapatkan rayuan daripada AGC serta mengemukakan rayuan mereka melalui sistem aduan awam AGC.

Untuk rekod, Yap, 16, maut selepas ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama tahun lalu.

Pada 14 September, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun daripada pertuduhan membunuh atas alasan tidak siuman berhubung kes tikaman maut terhadap Yap.

Mahkamah turut memerintahkan remaja itu ditahan di hospital psikiatri untuk menjalani rawatan selepas seorang pakar psikiatri memberi keterangan bahawa dia menghidap skizofrenia. -The Star

Artikel Lain