PETUGAS media mula berkumpul di luar kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur susulan spekulasi beliau telah mendapat tahanan rumah.Tinjauan mendapati beberapa petugas media tempatan dan antarabangsa mula tiba di kawasan sekitar kediaman berkenaan kira-kira pukul 10 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai perkara tersebut. Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang pergerakan keluar masuk dari kediaman berkenaan.Sebelum itu, anggota penting Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain dilihat meninggalkan Istana Negara kira-kira 9.40 pagi, Jumaat.Yeoh tiba di perkarangan istana lebih awal pada pukul 7.48 pagi, diikuti Razarudin, menjelang mesyuarat penting pagi itu yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang turut menganggotai lembaga berkenaan, antara pegawai kanan yang hadir dalam mesyuarat tersebut.Perhatian awam dan politik terus tertumpu kepada prosiding hari ini susulan permohonan pengampunan baharu yang dikemukakan bagi pihak Najib.BERITA LANJUT MENYUSUL