suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tabung solidariti Najib Razak kumpul RM165,645 dalam masa sejam

Tabung solidariti Najib Razak dilancarkan petang Jumaat.

 

BELUM sampai sejam dilancarkan, Tabung Solidariti Najib Razak berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM165,645 bagi membantu bekas Perdana Menteri itu melunaskan denda RM50 juta.

Perkembangan berkenaan dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di media sosial pada petang Jumaat.

"Alhamdulillah, dalam tempoh sejam dilancarkan, Tabung Solidariti Najib Razak sudah mencecah RM165,645," katanya menerusi ruangan komen di Facebook peribadi miliknya.

 

Hantaran perkembangan baharu yang dibuat beliau di ruangan komen.

Hantaran perkembangan baharu yang dibuat beliau di ruangan komen.

Pun begitu, dalam masa sama, beliau menyeru orang ramai supaya terus menyumbang melalui akaun rasmi CIMB Islamic yang diselia Ibu Pejabat Umno.

Terdahulu, beliau mengumumkan Ibu Pejabat Umno mula melaksanakan inisiatif daripada presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk melancarkan tabung berkenaan.

Menurutnya, kutipan itu bertujuan membantu Datuk Seri Najib Razak melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan sebagai syarat untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

ARTIKEL BERKAITAN: Umno bakal lancar kutipan dana, komited bantu Najib lunas denda RM50 juta

"Inisiatif presiden ini dizahirkan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama memberikan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak yang banyak berjasa kepada negara.

"Justeru, kepimpinan, ahli Umno serta seluruh masyarakat dijemput untuk menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing melalui saluran rasmi," ujarnya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid berkata, kutipan dana tersebut akan dilaksanakan secara telus, teratur serta mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau turut menyeru seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong parti serta individu yang mahu menyatakan solidariti supaya menyumbang secara sukarela.

Artikel Lain