HASRAT mendapatkan bantuan membaiki telefon bimbit bertukar tragedi apabila gadis berusia 19 tahun mendakwa dirogol jirannya sendiri.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Tawau, Sabah pada Selasa lalu. Wanita itu didakwa menjadi mangsa rogol selepas membenarkan suspek masuk ke rumahnya sekitar pukul 10 malam untuk membantu membaiki telefon bimbit miliknya.Kata Rosdi, suspek berusia 26 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan di kediamannya pukul 10 malam pada Khamis."Suspek dipercayai membawa mangsa ke bilik sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Suspek direman selama tujuh hari sehingga 25 September ini bagi membantu siasatan.Dalam pada itu, Rosdi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak membenarkan orang lain masuk ke rumah sewenang-wenangnya, termasuk jiran atau kenalan, terutama ketika bersendirian.