suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPR bincang tarikh penting PRN Melaka 7 Oktober depan

SPR menetapkan 7 Oktober bagi mengadakan mesyuarat berhubung penetapan tarikh penting PRN Melaka.

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Oktober depan bagi mengadakan mesyuarat khas membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Ia sejajar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 23 September.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.

"Ia akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN DUN Melaka Ke-16 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

"Satu sidang media turut akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut selesai," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan DUN Melaka dibubarkan secara rasmi berdasarkan Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.

Untuk rekod, DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan mandat kerajaan negeri ketika ini akan berakhir pada 31 Disember depan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

Artikel Lain