suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja ditahan bantu siasatan kematian pelajar 14 tahun, Fadhlina beri jaminan tiada pihak akan dilindungi

Fadhlina ketika hadir di sekolah berkenaan pada pagi Sabtu.

TIADA pihak akan dilindungi sekiranya didapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang berhubung kematian seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kenyataan itu susulan kejadian membabitkan kematian pelajar berkenaan yang dipercayai berlaku selepas kematian pelajar berkenaan pada Jumaat.

Mangsa, Mohamad Idlan Fareesq Shahril, dilaporkan meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Fadhlina berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan seorang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan.

"KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan telus," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Fadlina turut hadir ke sekolah berkenaan pada pagi Sabtu bagi bertemu warga sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta PDRM bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian dan tindakan yang telah diambil.

Pada masa sama, KPM mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit dengan segera bagi mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan berkaitan aspek keselamatan dan pematuhan tatacara di sekolah.

Fadhlina turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta memaklumkan KPM menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada keluarga mangsa dan warga sekolah yang terkesan.

Artikel Lain