suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenang jasa dan sosok keibuan... Tun Dr Siti Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Allahyarham Siti Hasmah ketika sedang memilih beberapa helai tudung bawal di sebuah butik tudung di Pekan Rabu pada Mac 2025. -Gambar TikTok G Ayu Collection

ALLAHYARHAM Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan diberi penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara susulan pemergiannya pada Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Panglima Angkatan Tentera untuk membantu melancarkan segala urusan istiadat berkenaan.

"Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk membantu pengurusan dan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Almarhumah," katanya menerusi kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Anwar mewakili Kerajaan Madani dan seluruh rakyat Malaysia turut menzahirkan rasa dukacita serta ucapan takziah atas pemergian Siti Hasmah yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi Isnin.

Menurut beliau, negara akan terus mengenang sosok keibuan Allahyarham selain menghargai segala jasa dan sumbangannya.

"Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Almarhumah," kata Anwar.

Anwar turut menzahirkan ingatan dan doa buat suami Allahyarham yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga dalam menghadapi kehilangan tersebut.

"Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Almarhumah, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah," katanya.

Artikel Lain