Allahyarham Dr Siti Hasmah (dua kiri) dan Dr Mahathir ketika berbuka puasa bersama Dr Wan Azizah dan Anwar pada Jun 2018. -Gambar Instagram Anwar Ibrahim
ISTERI Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai seorang wanita berkeperibadian yang sentiasa menjadi contoh dalam membawa diri dengan penuh maruah dan profesionalisme.Dr Wan Azizah berkata, beliau amat menghormati Dr Siti Hasmah yang disifatkan sebagai seorang insan bijaksana, mesra dan menyenangkan. "Saya sangat menghormati Allahyarham Tun Siti. Beliau mengajar saya bagaimana membawa diri dengan penuh maruah dan profesionalisme yang tinggi."Kebijaksanaan Tun, disertai sifatnya yang begitu mesra dan menyenangkan, menjadikan beliau seorang insan yang sangat disayangi," katanya menerusi perkongsian di Facebook.ARTIKEL BERKAITAN: Kenang jasa dan sosok keibuan... Tun Dr Siti Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar NegaraARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah meninggal duniaMenurut Dr Wan Azizah, Dr Siti Hasmah turut membuktikan bahawa kekuatan seorang wanita tidak semestinya ditonjolkan menerusi suara yang lantang.Sebaliknya kata Dr Wan Azizah, kekuatan itu boleh terpancar melalui kesabaran, kebijaksanaan, kelembutan serta keteguhan dalam membawa diri."Allahyarham membuktikan bahawa kekuatan seorang wanita tidak semestinya hadir melalui suara yang lantang."Kekuatan itu terpancar melalui kesabaran, kebijaksanaan, kelembutan dan keteguhan dalam membawa diri," katanya.Dalam pada itu, Dr Wan Azizah menyifatkan pemergian Dr Siti Hasmah sebagai satu kehilangan besar buat negara."Almarhumah adalah seorang tokoh negara yang telah berbakti seluruh hidupnya demi kesejahteraan awam, kesihatan masyarakat, serta ikon pemerkasaan dan kepimpinan wanita selaku antara perintis doktor wanita pertama," katanya.Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas kehilangan tersebut."Saya mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tun, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh."Semoga Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi ujian yang berat ini," katanya.