JENAZAH Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali akan disemadikan bersebelahan pusara Tun Endon Mahmood di Makam Pahlawan, Presint 20, Putrajaya.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pihak kerajaan mengarahkan segala persiapan dijalankan bagi memberi penghormatan menerusi istiadat pengebumian rasmi atas kapasiti Allahyarhamah sebagai seorang tokoh negara. "Kerajaan mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera memastikan istiadat pengebumian yang sewajarnya kepada Tun Dr Siti Hasmah, selaras dengan kedudukan beliau sebagai tokoh negara.ARTIKEL BERKAITAN: Selamat jalan srikandi negara... Menutup tirai satu abad kehidupan, Tun Dr Siti Hasmah pergi tinggalkan seribu jasaARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah meninggal dunia"Susulan keputusan keluarga, Dr Siti Hasmah akan dikebumikan di Makam Pahwalan, Presint 20, Putrajaya."Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) memaklumkan bahawa Tun Dr Siti Hasmah akan disemadikan di sebelah pusara Tun Endon," katanya pada Isnin.Tun Endon merupakan isteri kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada 20 Oktober 2005.Terdahulu, Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun kira-kira pukul 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Dr Siti Hasmah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor.