suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dakwa pekerja pembersihan curi tulang, rakam sedang sibuk menyapu sebelum ‘blah’... Tempat lain dibiarkan kotor

Gelagat pekerja pembersihan meletak sampah.

SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang selepas mendakwa pekerja pembersihan melakukan tugas secara sambil lewa apabila hanya menyapu sampah di kawasan tertentu sebelum meninggalkan lokasi.

Menurutnya, dia sudah lama memerhatikan cara pekerja terbabit menjalankan tugas dan perkara sama berlaku hampir setiap hari di sebuah kawasan di Shah Alam, Selangor.

"Aku sudah lama perhatikan pekerja pembersihan ini. Hari-hari dia buat macam ini. Letak (sampah) sampai dekat jalan.

"Nanti kawan dia seorang lagi datang rakam dia tengah sapu sampah, mungkin untuk laporan," katanya menerusi perkongsian pada Rabu.

Wanita itu turut mendakwa sampah lain yang berada di sekitar kawasan berkenaan termasuk berhampiran tong sampah tidak dibersihkan.

Sebaliknya, pekerja tersebut didakwa hanya menyapu sampah di kawasan yang dirakam sebelum beredar.

"Masalahnya sampah sekeliling dia bukannya nak buang. Dia sapu yang dia buat itu saja.

"Lepas itu terus pergi tanpa sapu tempat-tempat lain. Tak rakam pula sampah-sampah tepi tong sampah tadi," katanya.

Menurut wanita itu lagi, suaminya pernah menegur pekerja terbabit ketika menghantarnya ke tempat kerja tetapi tidak diendahkan.

Perkongsian wanita itu kemudian mendapat perhatian KDEB Waste Management (KDEBWM) yang tampil memberikan maklum balas berhubung aduan berkenaan.

"Maaf atas kesulitan yang berlaku. Pihak KDEBWM telah ambil maklum dan tindakan telah dilakukan terhadap pekerja tersebut serta syarikat kontraktor yang terbabit.

"Terima kasih atas aduan," katanya.

Artikel Lain