suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

37 hari tidak dapat dikesan selepas banjir Nepal, seorang rakyat Malaysia akhirnya selamat pulang ke pangkuan keluarga 

Banjir besar Nepal mengakibatkan ribuan nyawa hilang.

SELEPAS 37 hari tidak dapat dikesan susulan banjir dahsyat di Nepal, seorang rakyat Malaysia disahkan selamat dan sudah pulang ke pangkuan keluarga.

Jurucakap Malaysia Solidarity: Families in Hope (Masfih), Manivannan Rethinam berkata, individu berkenaan sudah melaporkan diri kepada Kedutaan Malaysia di Kathmandu sebelum kembali ke tanah air.

"Bagi Masfih dan keluarga lain, penemuan seorang rakyat Malaysia dalam keadaan selamat selepas 37 hari merupakan perkembangan yang amat melegakan dan bermakna.

"Kami bersyukur kerana seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak dapat dikesan sudah kembali kepada keluarganya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Manivannan, individu berketurunan Cina itu merupakan antara pengembara solo yang dilaporkan hilang.

Beliau turut menghubungi sendiri waris individu berkenaan bagi mengesahkan kepulangannya dalam keadaan selamat.

Katanya, individu tersebut berada di Nagthali Viewpoint pada pukul 3.26 petang, 25 Ogos, sehari sebelum banjir dahsyat melanda.

"Berdasarkan maklumat daripada waris, individu itu terkandas sementara akibat kemusnahan jalan dan jambatan di kawasan berkenaan, selain ketiadaan bekalan elektrik serta air.

"Tiada juga akses internet yang menyebabkan pergerakan dan komunikasinya semakin terbatas," jelasnya.

Dalam pada itu, Manivannan berkata, perkembangan terkini itu membawa makna lebih besar dalam pengurangan jumlah rakyat Malaysia yang masih hilang daripada 55 kepada 54 orang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak Masfih masih menunggu sesi libat urus dengan Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia, selain peluang bertemu Perdana Menteri secara bersemuka bagi mendapatkan penjelasan mengenai langkah seterusnya untuk waris serta perkembangan usaha sepanjang 38 hari lalu.

Untuk rekod, pada 26 Ogos lalu, banjir kilat dahsyat melanda sempadan Nepal-China, mengorbankan lebih 1,400 orang setakat ini, manakala ribuan lagi masih hilang.

Menurut analisis Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), kejadian dipercayai dicetuskan oleh keruntuhan glasier Himalaya yang menghasilkan tenaga bersamaan gempa bumi bermagnitud 5.2. -The Star

Artikel Lain