suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen Petaling Jaya umum letak jawatan tanpa syarat

Lee Chean Chung meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya.

AHLI Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut, berkuat kuasa Jumaat.

Menurut Lee, keputusan itu dibuat tanpa syarat dan surat peletakan sebagai ahli PKR akan dikeluarkan pada Isnin ini. 

"Pada 30 September, saya menerima keputusan bahawa keahlian saya digantung selama tiga tahun dan saya sudah menerima pengesahan hitam putih mengenainya.

"Sehubungan itu, saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa sebarang syarat," katanya pada Jumaat.

Lee turut memaklumkan beliau sudah bertemu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Khamis bagi menyampaikan hasrat tersebut.

Beliau menyebut beberapa isu yang diperjuangkannya, termasuk Akta Pembaharuan Semula Bandar, monopoli dalam sistem pengurusan pekerja asing negara serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sebagai kemungkinan punca penggantungan keahliannya.

Sebelum ini, timbul desas-desus bahawa PKR akan menggantung keahlian Lee selama tiga tahun bagi menghalang Bersama iaitu parti yang dilancarkan bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, daripada memperoleh seorang Ahli Parlimen secara automatik.

Turut dilaporkan, keputusan menggantung keahlian Lee dikaitkan dengan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat dalam kalangan akar umbi PKR Cabang Petaling Jaya susulan penglibatannya dalam acara Bersama ketika masih menjadi ahli PKR. -The Star

Artikel Lain