suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga remaja lelaki ditahan beberapa jam selepas penemuan mayat pelajar perempuan Tingkatan 4 di dewan sekolah

Tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, ditahan bagi membantu siasatan ke kematian pelajar perempuan Tingkatan 4 pada Sabtu. -Gambar hiasan

TIGA pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemukan tidak bernyawa disyaki dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng.

Ketiga-tiga pelajar itu ditahan beberapa jam selepas mayat mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ditemukan kira-kira pukul 5.30 petang, pada Sabtu.

Menurut sumber, seorang daripada pelajar berkenaan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi Ahad bagi mendapatkan perintah reman.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Tingkatan 4 ditemukan berlumuran darah di dewan sekolah, nenek sempat ajar mengucap sebelum meninggal dunia

Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar di sekolah yang sama dengan mangsa.

Terdahulu, media melaporkan mayat Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh neneknya di dalam dewan sekolah pada waktu petang. 

Penemuan itu susulan dua orang rakan Irene yang datang ke rumah neneknya untuk bertanyakan keberadaan pelajar itu, selepas tidak menemui kelibatnya walaupun motosikalnya berada di sekolah.   

Menyedari Irene masih belum pulang, neneknya pergi ke sekolah untuk mencarinya sebelum menemukan pelajar berkenaan dalam keadaan berlumuran darah di dalam dewan sekolah.

Kes kini dalam siasatan pihak berkuasa.

 

Artikel Lain