SUSULAN kejayaan meraih naib juara di pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) 2026, pelakon Datuk Ahmad Tamimi Siregar tidak menolak kemungkinan untuk serius dalam bidang nyanyian.Meskipun pernah aktif menyanyi pada awal penglibatannya dalam dunia seni, Tarmimi, 76, berkata KES2026 seolah-olah menghidupkan kembali minatnya dalam bidang itu. Malah, dia turut mengambil semangat daripada kata-kata pengarah muzik Datuk Ramli MS yang sudi membeli tiket jika Tamimi tampil dengan persembahan berbayar.Tamimi membuktikan bakat dalam nyanyian di pentas KES2026. "Selain hiburan, program ini juga untuk memberitahu orang ramai bahawa pada usia ini saya masih boleh menyanyi, tetapi mengikut kemampuan sendiri."Datuk Ramli kata dia akan beli tiket kalau saya buat showcase, jadi saya ambil itu sebagai cabaran. Saya tidak akan berhenti menyanyi."Kadang-kadang penat juga berlakon, jadi seronok apabila ada bidang baharu," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Tiada hadiah duit, Ahmad Tamimi Siregar sudah tahu sebelum bertanding... “Nak kejar apa lagi?“ ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Tamimi Siregar dedah enam tahun hidap ‘slip disc‘, tunggu pembedahan awal 2027Sepanjang tujuh minggu penyertaan, Tamimi memberikan persembahan yang konsisten dan dilihat sebagai salah seorang peserta yang layak bergelar juara.Pun begitu, dia akur berada di tempat kedua dengan membawa pulang hadiah berupa trofi, rakaman lagu, emas edisi khas dan pakej penginapan."Sejak minggu ketiga, saya sudah kalah dari segi undi. Jadi, kena sedar diri.Tamimi bersyukur mendapat tempat kedua. "Untuk rakaman lagu baharu nanti, saya terbuka untuk berkolaborasi dengan sesiapa sahaja. Tetapi genre saya terhad. Kenalah menyanyi dengan genre yang boleh menyerlahkan suara saya. Perkara ini untuk seronok dan janganlah sampai memalukan," ujarnya.Pernah bergelar pengacara sebelum ini, Tamimi juga mencari peluang untuk tampil dengan sebuah rancangan bual bicara berkonsepkan muzikal."Mungkin selepas ini saya boleh menerima undangan menyanyi di majlis makan malam. Ini impian saya yang belum tercapai."Saya sebelum ini pernah ada program bual bicara, jadi kalau diberi rezeki, saya mahu mengadakan musical talk show," luahnya.