PELAKON veteran Datuk Ahmad Tamimi Siregar memberitahu dia sudah dimaklumkan lebih awal bahawa tiada sebarang hadiah berbentuk wang tunai jika memenangi program Kilauan Emas Selebriti (KES) 2026.Sedar program tersebut berbentuk hiburan sambil beramal, Tamimi, 76, juga menegaskan dia menolak tawaran penyertaan jika hadiah kemenangan melibatkan wang ringgit. "Saya tidak terkejut pun tiada hadiah wang tunai untuk kemenangan. Memang saya masuk disebabkan itu. Kalau ada hadiah wang tunai mungkin saya tidak sertai kerana bimbang akan menunggu duit.Tamimi seronok dapat berkongsi kenangan bersama rakan artis di pentas KES2026. "Saya setuju sertai sebab tiada hadiah wang tunai. Bila tiada hadiah begitu, bertanding lebih seronok sebab tak perlu kejar apa-apa. Pada usia begini, nilai material itu bukan tidak penting, tetapi jangan malukan diri. Nak kejar apa lagi?"Pihak Astro juga beri bayaran dalam bentuk pampasan setiap minggu tidak bekerja (sebagai pelakon). Harga itu bukan artis yang letak, kami tak demand," kongsinya.Tamimi diumumkan sebagai naib juara KES2026 dalam konsert akhir yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu dengan hadiah kemenangan berupa trofi, rakaman lagu, emas edisi khas serta pakej penginapan.ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa macam mimpi” - Jalaludin Hassan tak sangka juara, sedia hadiri kelas vokal timba ilmu nyanyian ARTIKEL BERKAITAN: Jalaluddin Hassan juara Kilauan Emas Selebriti 2026Pelakon ini juga menganggap penyertaan tersebut sebagai satu platform untuk membantu rakan-rakan artis yang memerlukan."Dengan program amal ini, setiap minggu adalah satu bentuk sumbangan kepada rakan. Dalam pada itu, kami bersaing secara sihat."Misi kita untuk selesaikan tugas. Cuma lebih seronok dapat berkumpul selama tujuh minggu dan kenal hati budi kawan-kawan," jelasnya.Tamimi beri persembahan konsisten pada setiap minggu. Sementara itu, ketika sidang media konsert akhir KES2026, Ketua Kandungan Astro, Idlan Zahari, turut memaklumkan pihak mereka mengambil langkah memansuhkan hadiah berbentuk wang tunai untuk program berkenaan.Dengan format berbeza yang menampilkan selebriti bersaing di pentas nyanyian, KES2026 juga memberi fokus kepada hiburan penonton dan kebajikan bagi golongan yang memerlukan.