PELAKON Shima Anuar menafikan dakwaan harga kek yang dijualnya mencecah RM150 bagi saiz enam inci disebabkan statusnya sebagai seorang artis.Shima atau Noor Hashimah Anuar, 35, berkata harga yang ditetapkan mengambil kira keseluruhan kos termasuk bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kek berkenaan. Menurutnya, kek yang dihasilkannya bukan sekadar menggunakan krim biasa sebaliknya memerlukan bahan yang lebih banyak dan berkualiti.Shima menjelaskan dia menggunakan bahan mahal untuk membuat kek."Bukan, harga saya bukan sebab artis ke apa. Saya kira semua kos. "Kek saya bukan pakai krim biasa atau kosong. Bila bahan banyak dan mahal, takkan saya nak jual kek murah? Betul tak?" katanya. Shima berkongsi perkara itu bagi menjawab persoalan berhubung harga kek jualannya yang menjadi perhatian selepas dikongsikan seorang pengguna di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: “Cara begini saja nak beri pengajaran” - Shima Anuar saman bekas kakak ipar, bisnes kek terjejas kesan difitnahARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar beri anak kad kredit untuk belanja riadah, bebas beli apa saja kecuali satu benda!Kata Shima, kebanyakan pelanggan yang membuat tempahan kek daripadanya merupakan pelanggan berulang."Kena tanya mereka kenapa buat pesanan semula. Semua pembuat kek tidak menggunakan bahan yang sama."Saya cakap fasal kek saya saja ya, pembuat kek yang lain saya tak tahu macam mana," ujarnya.Isu tersebut tercetus selepas seorang pengguna Threads mempersoalkan harga kek bersaiz enam inci yang dijual Shima pada harga RM150.Shima kini mengusahakan bisnes kek di rumah.Pengguna berkenaan turut mendakwa dekorasi kek yang dijual kelihatan biasa dan tidak boleh dibuat secara custom."Weh Shima Anuar jual kek saiz enam inci, RM150. Deko biasa saja tak boleh custom."Kenapa bila pembuat kek biasa letak harga RM150 untuk kek customize deco mereka terkejut. Sebab dia (Shima) artis ke? Maaflah tertanya-tanya," tulisnya.