BAKAL merakamkan lagu baharu selepas bergelar juara program Kilauan Emas Selebriti (KES) 2026, pelakon Datuk Jalaludin Hassan juga terbuka untuk menghadiri kelas vokal sebagai usaha memperbaiki mutu nyanyiannya.Bagi Jalaludin, 72, usia dan pengalaman dalam dunia seni bukan alasan untuk dia berhenti mempelajari ilmu baharu, apatah lagi dalam nyanyian yang bukan menjadi bidang utama kerjayanya. "Mestilah saya akan pergi kelas kerana itu adalah ilmu. Saya mesti cari ilmu.Jalaludin terharu dengan sokongan peminat sepanjang menyertai KES2026. "Saya dapat tahu penyanyi profesional pun akan ada guru mereka bila terlibat dengan persembahan. Itu bermakna mereka tidak berhenti belajar," katanya.Nama Jalaludin diumumkan sebagai juara pada konsert akhir KES2026 yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam, malam Sabtu.Kemenangan tersebut melayakkannya membawa pulang hadiah berupa trofi, rakaman lagu bersama syarikat Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas serta pakej penginapan.ARTIKEL BERKAITAN: Jalaluddin Hassan juara Kilauan Emas Selebriti 2026 ARTIKEL BERKAITAN: Rashdan Baba, Maria Tunku Sabri kandas di suku akhir KES2026Jalaludin dalam masa sama berbangga dengan usaha sendiri sekali gus melengkapkan profil kerjaya seni sebagai seorang penyanyi."Rasa macam mimpi bergelar juara, saya pun tak pernah terfikir akan sertai program begini. Malah saya adalah peserta terakhir yang memberi kata setuju, itu pun selepas dipujuk oleh Datuk Tamimi Siregar."Sekarang dalam bidang nyanyian pula. Kalau boleh saya nak berkolaborasi dengan Nadia untuk sama-sama naikkan nama dan beri publisiti kepada dia," ujarnya.Jalaludin mahu bantu promosi bakat Nadia. Dalam segmen lagu duet di pentas akhir, Jalaludin bergandingan dengan Nadia Fharshah, iaitu seorang pempengaruh media sosial yang aktif berkongsi nyanyian lagu-lagu berbahasa Hindi.Sementara itu, berkongsi pengalaman dalam bidang seni, pelakon ini juga memberitahu nyanyian bukanlah satu perkara asing baginya.Namun, pengalaman membuat persembahan di atas pentas memberikan satu perspektif berbeza buat dirinya."Bila nyanyi di atas pentas pertandingan, rasa lain. Saya jadi tak tahu apa-apa. Secara psikologi saya jadi blank, sedangkan biasa menyanyi," kongsinya.