HASRAT pelakon Rashdan Baba dan pengacara Maria Tunku Sabri untuk terus bersaing di pemtas Kilauam Emas Selebriti (KES) berakhir apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir pada konsert minggu suku akhir. Meskipun kesemua 10 peserta memberi persaingan sengit, namum persembahan kedua-duanya gagal melayakkan mereka mara ke pentas separuh akhir. Menerusi komen juri tetap, Jihan Muse persembahan Rashdan dilihat semakin selesa sejak awal penyertaan di pentas berkenaan.Rashdan dan Maria terpaksa akur tersingkir pada konsert suku akhir KES sekali gus menamatkan perjalanan mereka dalam program tersebut.Manakala Datuk Yusry Abdul Halim menasihati Maria untuk terus yakin membuat persembahan jika terus mara bersaing.Rashdan menyampaikan lagu berjudul Blues Terengganu Kita (nyanyian Iklim) manakala Maria tampil dengan lagu Berdiri Bulu Romaku (Hetty Koes Endang). Sementara itu, Datuk Jalaluddin Hassan yang menyampaikan lagu berjudul Widuri (Bob Tutupoli) berjaya menambat hati juri dan berada di kedudukan pertama. Anugerah Emas Berkilau of the Week turut diberikan kepada Jalaluddin yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.ARTIKEL BERKAITAN: Khaty Azian, Mubarak Majid tersingkir minggu keempat Kilauan Emas Selebriti ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan salah Kak Engku” - Keanu Azman akui banyak kelemahan, pertama kali mengacara program besarWang tersebut disumbangkan kepada anak kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Sazali yang kini berdepan masalah kesihatan. Istimewa pada minggu suku akhir yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, semua peserta bergabung menyanyikan lagu Saat Yang Bahagia dan Malam Ku Bermimpi yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Puan Sri Saloma. Markah peserta KES turut diadili oleh juri jemputan Azmi Saat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube