suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nam Ron lega lakonan dihargai tuan badan, pujian jadi pembakar semangat - “Alhamdulillah dapat ’approve’ daripada watak sebenar“

Nam Ron syukur lakonannya mendapat pujian.

MENERIMA pujian hasil lakonannya, aktor Nam Ron menganggap ia seperti pembakar semangat untuk memperbaiki hasil kerja.

Dengan nada merendah diri, Nam Ron, 57, juga memberitahu kata-kata sebegitu jarang diterima sepanjang penglibatan dalam kerjaya seni.

"Akhirnya ada juga orang nampak bakat lakonan saya. Jarang orang puji, selalunya kena keji.

Lakonan Nam Ron diterima baik penonton. 

"Ada masa saya perlukan ini. Bukan untuk menyombong atau merasa hebat tetapi sebagai motivasi untuk buat lebih baik dan rasa kerja keras dihargai," katanya.

Nam Ron menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads sebagai respons terhadap perkongsian seorang individu yang memuji lakonannya dalam filem terbaharu berjudul Terbang.

Menerusi filem biografi tersebut, Nam Ron membawa watak Rahim, inspirasi daripada tokoh sebenar iaitu Datuk Abdul Razak Dawood yang menjadi individu penting dalam pengurusan kejayaan legenda pelumba negara, Karamjit Singh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan bising pula di luar, mengata di belakang cakap produksi bayar murah“ - Nam Ron tegur pelakon merungut selepas setuju harga tawaran 

ARTIKEL BERKAITAN: Menang anugerah, filem ‘box office’... Nam Ron kongsi penentu pelakon layak terima bayaran tinggi

Pelakon ini dalam masa sama turut meluahkan rasa terharu apabila Abdul Razak sendiri memuji lakonannya kerana meninggalkan kesan.

"Alhamdulillah dapat approve daripada watak sebenar. Kerisauan saya adalah kalau tuan badan tak boleh terima watak yang saya bawa," ujarnya.

Selain Nam Ron, filem Terbang turut membariskan Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Shweta Sekhon dan Diana Danielle.

Filem arahan Chiu Keng Guan itu menjengah pawagam sejak 17 September.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain