suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya gurauan antara rakan, Jihan Muse mohon maaf persenda penglihatan Azmi Saat

Gurauan Jihan (kanan) terhadap Azmi menjadi bualan ramai.

GURAUAN dan kata-kata pengacara Jihan Muse tentang penyanyi Azmi Saat yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir pihak sehingga menjadi bahan bualan di media sosial.

Menjawab perkara tersebut, Jihan atau Nuur Jihan Musa, 43, mengakui kesilapannya dan sedar perkara itu tidak seharusnya menjadi bahan gurauan ketika tampil dalam sebuah acara televisyen.

"Mungkin ada yang terlepas. Jika ada yang didengar itu salah, memang saya patut minta maaf.

Jihan terbuka memohon maaf kepada Azmi. 

"Bila terlalu kasual, kadang-kadang ada gurauan yang terlepas dan tidak sepatutnya keluar di mikrofon. Saya manusia biasa, ada khilafnya. Kadang-kadang seronok gelak, bercakap laju sampai terlepas," katanya.

Jihan ditemui selepas tamat konsert akhir Kilauan Emas Selebriti (KES) 2026 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu.

Apa yang lebih penting baginya adalah kata-kata tersebut tidak mengguris hati Azmi meskipun mereka berkawan rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ketika muda saya sudah ‘all-out‘ kerja“ - Jihan Muse fokus satu program saja pada satu masa, lebih tumpu jaga tiga anak lelaki 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak menang tangan! Azmi Saat terima pelbagai tawaran selain menyanyi... “Baca doa majlis, jadi juri dan ada juga yang panggil untuk melawak“

"Yang penting adalah tuan badan. Kalau ada mengguris hati Azmi, saya pun minta maaf. Dia kawan saya dan dia okey, tetapi perkara itu tidak sepatutnya menjadi tontonan umum.

"Kepada pendengar yang merasakan perkara itu tidak sesuai, saya minta maaf. Saya kena perbaiki perkara itu. Kita pun bukan sempurna, saya pun tidak tahu macam mana nak menyenangkan hati semua orang," ujarnya.

Sementara itu, Azmi yang turut berada ketika sesi temu bual memberitahu dia tidak terasa hati dengan gurauan tersebut.

Azmi tidak berkecil hati dengan gurauan rakan-rakan terdekat. 

Malah, dia sendiri mengakui terlalu terbuka sehingga menimbulkan salah faham dan situasi kurang selesa dalam kalangan penonton.

"Saya tidak terasa walaupun gurauan itu kasar. Saya faham mereka bergurau sebab nak lebih rapat dengan saya.

"Bila dibawakan dalam televisyen, penonton yang tidak kenal akan rasa kurang sesuai. Saya juga minta maaf. Kadang-kadang saya pun terlebih melayan gurauan itu," jelasnya.

Artikel Lain