suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasnol terharu kesempitan hidup raih perhatian, ditawarkan ‘showcase‘ jana pendapatan

Hasnol bersyukur diberi peluang untuk menunjukkan bakat nyanyiannya.

PENYANYI Hasnol tidak menyangka liputan mengenai dirinya yang disiarkan mStar mendapat perhatian Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM).

Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 56, berkata Presiden PKAVM, Sandakiah Azez menghubunginya dan menawarkan peluang untuk mengadakan sebuah persembahan pentas pada 21 Oktober ini.

Kata Hasnol, tawaran tersebut amat bermakna buat dirinya yang masih mahu terus memperjuangkan bakat dalam industri seni.

Hasnol berharap peminat memberikan sokongan pada malam showcase.

"Alhamdulillah selepas artikel saya keluar di mStar, presiden persatuan ada hubungi saya dan bertanya sama ada berminat tak nak buat showcase. Syukur saya diberi peluang dan kepercayaan. 

"Walaupun bukan konsert besar-besaran tetapi bagi saya, amat bersyukur kerana masih mendapat peluang untuk memperjuangkan bakat saya," katanya kepada mStar. 

Mengulas mengenai penglibatannya dalam PKAVM, Hasnol memberitahu dia akan cuba menghadiri setiap program yang dianjurkan bagi memastikan dirinya terus aktif dalam industri seni.

"Sebelum ini saya memang ahli persatuan dan kalau ada sebarang acara memang saya akan cuba hadir untuk kekal relevan dalam industri.

"Saya lihat persatuan memang banyak membantu artis-artis veteran seperti kami. Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu perjuangan kami," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasnol terpaksa tumpang rumah pekerja milik rakan, pendapatan e-hailing dan busking tak menentu… “Mungkin ini teguran daripada Allah“

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana maruah saya sebagai lelaki?” - Tiada pendapatan tetap, Hasnol cerai isteri selepas 12 tahun kahwin

Sementara itu, Sandakiah berkata PKAVM mengambil inisiatif menganjurkan persembahan itu selepas mengetahui keadaan Hasnol yang berdepan kesukaran mendapatkan tawaran persembahan.

"Hasnol terpaksa menumpang di rumah pekerja dan mencari rezeki dengan membawa e-hailing kerana kurang mendapat tawaran persembahan. 

"Kami di PKAVM tampil untuk membantu. Persatuan bergantung sepenuhnya kepada sumber awam untuk salurkan bantuan kepada ahli dan kemampuan amat terbatas. 

Hasnol kini berdepan fasa sukar dalam kehidupan.

"Jadi salah satu cara utk membantu Hasnol adalah dengan menganjurkan showcase ini. Bukan saja untuk menunjukkan bakat, tetapi dapat juga meraih sedikit pendapatan daripada penjualan tiket," katanya. 

Persembahan ‘Untukmu Hasnol‘ bakal berlangsung di Jazz Rock Cafe @ Sambal Bakar Menyala, Ukay Heights, Ampang pada 21 Oktober ini, pukul 9 malam.

Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, Hasnol memberitahu dia kini melalui fasa kehidupan mencabar sehingga terpaksa menumpang di rumah pekerja milik seorang sahabat di Shah Alam.

Menurut Hasnol, tempat tinggal sementara itu diberikan ketika dia berusaha menyusun semula kehidupan dan mencari sumber pendapatan yang lebih stabil.

Artikel Lain