ISTERI kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida, meluahkan kebimbangan terhadap akhlak sesetengah remaja masa kini yang disifatkannya semakin hilang batas adab dan rasa hormat.Shahida atau Nur Shahida Mohd Rashid, 41, berkata perubahan dalam cara mendidik anak-anak antara faktor yang menyebabkan golongan muda kini dilihat semakin kurang menerima teguran dan melanggar batasan. "Akhlak sesetengah remaja sekarang makin membimbangkan. Shahida menegur sikal segelintir remaja masa kini."Dulu cikgu tegas, mak ayah pun tegas. Salah tetap salah dan kita diajar menerima teguran serta akibat. "Sekarang cikgu nak tegas serba salah, ibu bapa nak marah pun takut jadi isu," katanya. Shahida berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Threads miliknya pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Lega bukan sakit leukemia, Shahida mula paksa anak-anak minum minyak zaitun... “Saya minta maid ambil video”ARTIKEL BERKAITAN: Nur Shahida kongsi kisah Yusoff hidap ADHD dan disleksia, pernah panjat atap genting rumah nak jadi ‘superhero’Dalam pada itu, Shahida berpendapat isu berkenaan tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bahu anak-anak kerana masyarakat dan sistem pendidikan turut memainkan peranan dalam membentuk keperibadian mereka."Jangan salahkan anak semata-mata. "Kadang-kadang sistem dan masyarakat kita sendiri terlalu takut untuk mendidik, sampai anak-anak semakin hilang batas adab dan rasa hormat," ujarnya.