suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shweta Sekhon tempelak pengarah filem cari pelakon tanpa bayaran, minta hargai bakat artis

Shweta tidak setuju produksi ambil pelakon tanpa bayaran.

PELAKON dan peragawati Shweta Sekhon berkongsi pendapatnya yang tidak bersetuju apabila sebuah produksi mahu memberikan tawaran kepada rakan secara percuma.

Bagi Shweta, 29, tindakan sebegitu dilihat seperti mempergunakan bakat anak seni yang mahu mencuba nasib dalam dunia lakonan.

Dia juga tidak menolak ada dalam kalangan artis yang sanggup menerima tawaran sebegitu hanya untuk mendapat peluang dalam bidang lakonan.

Komen balas Shweta dalam satu hantaran di Threads. 

"Berhenti meremehkan bakat dengan melabelkannya sebagai kolaborasi tanpa bayaran.

"Kebanyakan mereka sanggup dieksploitasi demi mendapatkan peluang untuk menceburi bidang ini," tulisnya pada ruangan komen balas di Threads.

Shweta meluahkan perkara tersebut pada satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengarah yang mahu mencari bakat baharu untuk penglibatan dalam sebuah filem pendek.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu menakjubkan, sekarang dah banyak berubah... Shweta Sekhon tak mahu lagi sertai ratu cantik, mula suka dunia lakonan 

ARTIKEL BERKAITAN: Shweta Sekhon bukan kaki lepak, cara jaga diri elak kontroversi

Pada masa sama, pelakon filem Keluang Man ini turut menyeru pihak produksi agar lebih bertanggungjawab dalam soal bayaran apabila memberi tawaran kepada pelakon.

"Mereka tidak sedar bahawa diri mereka sedang dipergunakan. Kalau mahukan hasil yang berkualiti, bayarlah sewajarnya," tegasnya.

Komen tersebut turut mendapat respons daripada pengarah berkenaan yang memberitahu tujuan penghasilan filem pendek itu adalah sebagai tanda minat yang mendalam terhadap seni.

Shweta seru lebih hargai bakat anak seni. 

"Saya bersetuju bahawa artis serta bakat yang mereka miliki wajar sentiasa dihargai. Projek ini adalah sesuatu yang saya usahakan semata-mata kerana minat dan kecintaan terhadap seni.

"Memandangkan saya tahu anda juga mempunyai penghargaan yang sama terhadap perkara ini, adakah anda sudi mempertimbangkan untuk menaja projek ini?" balas pengarah berkenaan.

Artikel Lain