suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adrian Adam banyak berdiam tahan sakit, Amyza Aznan sebak lihat anak menangis

Amyza sentiasa memberi sokongan buat anaknya.

PELAKON Amyza Aznan memberitahu anaknya, Adrian Adam tidak banyak berkongsi kesulitan yang dilalui sepanjang menghidap kanser tulang.

Biarpun begitu, kata Amyza, 50, sebagai ibu dia dapat merasakan penderitaan Adrian setiap kali melihat anaknya itu mengadu sakit.

"Ian (Adrian) memang dari dulu jarang berkongsi. Kalau lihat di media sosial pun dia hanya kongsi perkara penting sahaja. Saya tidaklah bertanya secara terperinci kenapa dia enggan berkongsi.

"Sebagai ibu, saya tahu Allah akan gerakkan hati untuk lihat apa yang dia rasa. Ada beberapa kali saya buka pintu bilik dan lihat dia menangis. Saya tahu dia sedang sakit," katanya.

Adrian tidak banyak meluahkan rasa sakit. 

Adrian disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu dan kini sedang dalam proses rawatan kemoterapi.

Menurut Amyza lagi, anaknya itu juga lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik disebabkan tumor yang semakin membesar di bahagian kaki.

ARTIKEL BERKAITAN: “Keputusan ujian bukan kanser tulang“ - Amyza Aznan buntu jenis kanser dihidapi anak kedua 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Amyza Aznan jalani prosedur baharu rawatan kanser tulang

"Saya selalu kata kepada dia kalau bosan tidak boleh berjumpa orang, buatlah live di media sosial berborak dengan followers. Dia hanya diam sahaja dan tak pernah buat.

"Dia cuma selalu tanya bila bengkak itu nak surut. Disebabkan semakin membesar, dia selalu mengadu sakit," kongsinya.

Adrian juga terpaksa melupakan seketika hasrat untuk aktif menyanyi disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Adrian sebelum ini terpaksa melupakan hasrat bertanding di pentas Talk To My Manager 2. 

Malah, menurut Amyza, anaknya antara pilihan pasangan duet untuk bergandingan dengannya pada konsert akhir Kilauan Emas Selebriti 2026 pada malam Sabtu.

"Dia memang bersemangat untuk menyanyi, tetapi sakit itu menyukarkan dia. Dia sepatutnya antara senarai untuk berduet dengan saya di final," kongsinya.

Artikel Lain