PELAKON Shweta Sekhon tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali beraksi di panggung ratu cantik meskipun pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2019.Shweta atau nama penuhnya Shwetajeet Kaur Sekhon, 29, berkata, meskipun jiwanya tidak pernah terpisah daripada platform berkenaan, namun dia enggan mengambil risiko bertanding semula kerana menganggap industri tersebut banyak berubah. "Ya, saya tidak akan sertai pertandingan ratu cantik lagi. Itu adalah pendapat peribadi saya. Bagi saya, dunia ratu cantik sebelum pandemik Covid-19 sangat menakjubkan, tetapi sekarang sudah banyak berubah.Shweta mahu fokus kepada kerjasa lakonan. "Saya sangat menghargai pengalaman ketika menyertai Miss Universe 2019 dan tidak mahu merosakkan memori yang saya simpan."Ketika itu saya mengenali 92 peserta dari seluruh dunia dan sehingga hari ini kumpulan WhatsApp kami masih aktif. Ada yang sudah berkahwin, mempunyai anak dan hubungan kami masih rapat, tiada suasana toksik seperti sekarang," katanya kepada mStar.Dalam masa sama, Shweta juga mengakui keutamaan kerjayanya kini tertumpu sepenuhnya kepada seni lakonan.ARTIKEL BERKAITAN: Shweta Sekhon bukan kaki lepak, cara jaga diri elak kontroversiARTIKEL BERKAITAN: Tak fasih bertutur bahasa Punjabi, Shweta Sekhon terpaksa belajar semula demi ‘Keluang Man’"Saya tidak boleh tinggalkan dunia ratu cantik kerana gelaran Miss Universe Malaysia 2019 akan kekal milik saya."Tetapi, setahun sekali saya akan hadir ke malam gala dan ketika itu barulah aura Miss Universe kembali. Selain itu, semuanya saya simpan."Saya tidak akan tinggalkan dunia itu kerana saya berada di sini hari ini disebabkan platform berkenaan," jelasnya.Shweta gembira dengan kerjayanya. Mengulas mengenai kerjayanya sebagai pelakon, Shweta bersyukur apabila diberi peluang mengembangkan bakat dalam industri lakonan tempatan."Saya menerima banyak projek menarik dan belajar pelbagai perkara. Saya rasa sangat diberkati."Shweta hari ini sudah berbeza. Saya sangat gembira berada dalam dunia lakonan walaupun berkarya dalam industri Melayu."Semua orang menerima saya dengan baik. Setakat ini saya tidak berdepan masalah bertutur dalam bahasa Melayu dan saya sangat menyukai bidang ini," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!