suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasnol terpaksa tumpang rumah pekerja milik rakan, pendapatan e-hailing dan busking tak menentu… “Mungkin ini teguran daripada Allah“

Hasnol kini reda dengan takdir yang ditentukan untuknya.

PENYANYI era 1990-an, Hasnol kini melalui fasa kehidupan yang serba mencabar sehingga terpaksa menumpang di rumah pekerja milik seorang sahabat di Shah Alam.

Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 56, berkata, tempat tinggal sementara itu diberikan ketika dia berusaha menyusun semula kehidupan dan mencari sumber pendapatan yang lebih stabil.

Kata Hasnol, dia bersyukur masih mempunyai sahabat yang sudi menghulurkan bantuan dalam kesusahan.

“Ada sahabat yang membantu sementara saya nak bangkit semula dalam hidup. Sudah empat bulan saya di sini.

Hasnol mencari rezeki dengan persembahan nyanyian dan pendapatan e-hailing.

“Kawan saya mempunyai kafe di Shah Alam jadi buat masa sekarang saya menumpang di rumah pekerja yang disediakan olehnya. 

“Syukur diberi tempat berlindung sementara saya nak bangkit semula,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mengakui kehidupannya kini cukup mencabar, Hasnol berkata ada ketika dia terpaksa mengetepikan soal makan minum bagi memastikan komitmen lain dapat dilunaskan.

“Sejujurnya ada masanya saya terpaksa ‘ikat perut’ kerana memikirkan wang ini perlu diutamakan untuk komitmen lain. 

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu sakit tapi masih gagah cari rezeki, Hasnol terpaksa masuk hospital akibat jangkitan kuman dalam darah

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana maruah saya sebagai lelaki?” - Tiada pendapatan tetap, Hasnol cerai isteri selepas 12 tahun kahwin

“Ada yang saya perlu skip makan untuk utamakan bayaran komitmen. Macam itulah kehidupan saya sekarang.

“Makan apa yang mampu, kalau dapat roti canai, itu sajalah yang saya makan hanya untuk kelangsungan hidup,” kongsinya.

Penyanyi yang pernah popular dengan Laguku Untukmu itu turut mengakui perubahan yang dilaluinya kini ibarat langit dan bumi jika dibandingkan dengan kehidupan sebelum ini.

“Hidup saya sekarang bagai langit dan bumi, sangat berbezalah gaya hidup dulu dan kini. 

“Dulu bukanlah kata saya hidup senang tapi masih mampu untuk berdikari tak menyusahkan sesiapa. 

“Mungkin ini teguran daripada Allah untuk ingat kembali pada Dia. Dia boleh ambil (kemewahan) bila-bila masa saja. Sekarang saya reda dengan apa yang sudah ditakdirkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hasnol berkata dia masih berusaha mencari rezeki dengan melakukan kerja e-hailing selain meneruskan aktiviti busking pada hujung minggu.

“Kalau daripada segi mata pencarian, saya masih lagi menyanyi busking di hari minggu, di hari biasa pula saya bawa e-hailing. 

“Menyanyi kalau ada jemputan saja, Alhamdulillah masih ada tapi biasalah kadang-kadang orang bertanya harga lepas tu terus tak dapat apa-apa berita.

Hasnol mengakui faktor usia menyebabkan dia sukar mendapat tawaran nyanyian.

“Kalau nak kata kerja-kerja yang saya buat ini dapat menampung kewangan tidak juga, sebab pendapatan bulanan pun tak menentu,” katanya. 

Pada Mei lalu, media melaporkan Hasnol terpaksa keluar dari rumah sewa selepas gagal melunaskan bayaran bulanan.

Penyanyi itu mengakui berada dalam keadaan terdesak apabila tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya mempunyai kira-kira 10 hari sebelum diminta mengosongkan rumah yang dihuninya.

Selain itu, Hasnol turut memaklumkan faktor usia menyebabkan dia berdepan kesukaran mendapat pekerjaan tetap meskipun berpengalaman dan mempunyai latar belakang pendidikan.

Artikel Lain