PENYANYI Nadeera Zaini mengakui berdepan tekanan emosi dalam memastikan namanya kekal relevan dalam industri muzik.Nadeera, 33, berkata proses mempertahankan kedudukan dalam arena seni suara disifatkan jauh lebih mencabar berbanding fasa membina nama pada peringkat awal pembabitannya dahulu. “Saya memang agak stres untuk mengekalkan nama sendiri dan dalam proses mencari komposer. Ramai di luar sana cakap saya terlalu bergantung kepada Hael Husaini, tetapi hanya saya dan Hael tahu dia banyak mengajar saya.Nadeera akui bukan mudah untuk mempertahankan nama dalam industri seni. “Sudah tentu saya juga mahu bekerjasama dengan komposer-komposer lain dan saya memang terbuka meneruskannya. Malah sekarang saya sudah berjumpa dengan beberapa komposer lain.“Hael pula bukanlah melepaskan saya begitu sahaja. Kadangkala saya masih minta pendapat dia, ‘Abang, okey tak kalau macam ini?’ dan dia akan berikan sokongan meminta saya teruskan apa yang sedang saya lakukan,” katanya kepada mStar. Menjawab desakan peminat yang bimbang namanya semakin tenggelam jika mengambil masa terlalu lama untuk melancarkan single baharu, Nadeera tidak berkecil hati sebaliknya mengakui perkara berkenaan secara terbuka.ARTIKEL BERKAITAN: Sakitnya dikhianati, Nadeera luah perasaan dalam ‘Cuba Jadi Aku’ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau berat cecah 45kg, orang kata saya berisi“ - Dipuji semakin cantik, Nadeera akui jaga makanJelasnya, dia enggan terburu-buru mengeluarkan sebarang karya hanya kerana mahu memenuhi pasaran tanpa memikirkan nilai kualiti lagu tersebut.“Kata-kata daripada peminat kadang-kadang saya kena akui ada betulnya, mereka kata saya lambat. Tak mengapa, memang saya lambat pun.“Tetapi saya sedang mencari bahan yang betul-betul mahu diberikan kepada mereka kerana saya tak mahu keluarkan sesuatu secara sia-sia.“Alhamdulillah, lagu sebelum ini (Cuba Jadi Aku) mendapat sambutan menggalakkan dan insya-Allah dalam proses menghasilkan single baharu tidak lama lagi,” jelasnya.Nadeera jadikan kata-kata daripada peminat sebagai satu dorongan. Dalam pada itu, Nadeera mengakui dia juga pernah menangis gara-gara bebanan daripada peminat dan juga cemuhan warganet.“Orang cakap golongan yang paling tersakiti adalah golongan selebriti sebab merekalah yang selalu kena kecam.“Memang kita kena sentiasa kuat secara fizikal dan mental, tetapi kita juga manusia biasa yang ada hati dan rapuh. Kadang-kadang kita menangis juga, kadang-kadang kita buat-buat tidak dengar semua itu.“Saya menyanyi bukan semata-mata untuk kepuasan diri sendiri, saya mahu berikan sesuatu yang bermakna buat pendengar dan cuba membuatkan orang lain gembira,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube