suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Berubah arah kebaikan bukanlah terus 100%“ - Shikin Maembong akui hijrah berperingkat, tukar koleksi fesyen lebih labuh

Shikin sedang berusaha ke arah lebih baik.

ISTERI kepada penyanyi Cat Farish iaitu Shikin mengakui masih dalam proses mengenal pasti gaya pemakaian yang bersesuaian sejak berhijab, Julai lalu.

Shikin, 42, berkata perubahan ke arah menjadi Muslimah yang lebih baik tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya memerlukan proses dan usaha secara berperingkat.

“Sebenarnya keputusan bertudung ini agak berat juga. Jadi apabila kita memutuskan untuk berubah ke arah kebaikan, bukanlah terus 100 peratus.

Cat sentiasa sokong pilihan Shikin.

Cat sentiasa sokong pilihan Shikin.

“Maksudnya saya masih belum sempurna lagi tetapi perlahan-lahan, insya-Allah. Doakan saya.

“Bila kita nak menutup aurat, kita kena tukar koleksi pakaian hampir 100 peratus. Jadi perlahan-lahan kena cari baju yang labuh.

“Buat masa sekarang, ada juga pakaian lama yang saya pakai semula tetapi saya cuba sesuaikan dengan pemakaian lapisan dalam, pakaian yang lebih labuh atau digayakan bersama seluar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Maembong berhijab sempena hari lahir Cat Farish

ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Maembong kini pelukis sepenuh masa, simpan impian buka galeri seni sendiri

Shikin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Siluman: Dendam Harimau Jadian yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Menurut Shikin, penghijrahan dalam soal pemakaian tidak bermakna dia perlu meninggalkan minat terhadap fesyen, sebaliknya masih boleh melakukan teknik campur dan padan dengan koleksi sedia ada.

“Fesyen itu masih boleh dipadankan dengan apa yang ada sekarang. Saya memang tengah menuju ke arah kebaikan.

Memang ada juga baju yang saya buang sahaja.

SHIKIN MAEMBONG

ISTERI CAT FARISH

“Jadi doakan saya perlahan-lahan untuk menutup semuanya,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai pakaian lama yang mendedahkan aurat, Shikin berkata dia memilih untuk melepaskan sebahagian koleksi berkenaan dengan menjual semula atau memberikannya kepada orang lain.

Katanya, adiknya iaitu Yaya Maembong turut mempunyai perniagaan pakaian terpakai dan membantu menjual sebahagian pakaian yang tidak lagi dipakainya.

“Sebenarnya memang nak lepaskan. Ada yang saya sedekahkan dan bagi saja kepada orang. Macam sekarang ini, adik saya Yaya ada jual baju terpakai. 

"Jadi pakaian yang saya sudah tidak pakai memang dia akan kumpulkan dan kita bagi untuk dijual di kedai pakaian terpakai dia. Sebahagian lagi saya beri begitu sahaja,” jelasnya.

Shikin pilih jual baju-baju lamanya.

Shikin pilih jual baju-baju lamanya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang menganggap memberi pakaian seksi kepada orang lain boleh menyebabkan dosa berterusan, Shikin berkata dia turut mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat keputusan terhadap pakaian lamanya.

“Sebenarnya baju saya tidaklah terlalu seksi. Tetapi kalau saya rasa ia tidak bersesuaian, memang ada juga baju yang saya buang sahaja,” kongsinya.

Pada Julai lalu, Shikin mencuri perhatian ramai apabila tampil berhijab, sekali gus disifatkan sebagai hadiah istimewa buat suaminya, Cat Farish.

Untuk rekod, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 52, dan Shikin mendirikan rumah tangga pada 13 Julai 2024.

 

Artikel Lain