HAMPIR tiga dekad selepas fenomena gabungan empat vokal hebat wanita dalam Cinta Di Akhir Garisan, lagu itu diterbitkan semula dengan nafas baharu dengan judul Cinta Di Akhir Garisan 2.0 (CDAG 2.0). Lagu yang mendapat kerjasama Usanita Entertainment dan penerbit muzik Ajai itu dinyanyikan kembali oleh Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nadeera dan Aisha Retno. Ia bukan sekadar menghidupkan semula sebuah karya popular, malah tampil dengan susunan muzik berskala lebih besar dan pendekatan vokal bersesuaian identiti empat penyanyi tersebut.Menurut Ajai, pendekatan yang digunakan untuk CDAG 2.0 sengaja dibentuk berbeza tanpa cuba menyaingi atau menggantikan kekuatan versi terdahulu.Versi baharu lagu ini dibentuk bukan untuk saingi rakaman asal.“Apa yang saya tampilkan kali ini merupakan acuan baharu yang sesuai dengan barisan pelapis baharu yang saya ketengahkan. “Tidak adil kalau hendak dibandingkan dengan versi terdahulu kerana ia tetap unggul dalam kelasnya yang tersendiri.“Kelainan versi ini jelas menerusi pembaharuan susunan muzik dan penglibatan Budapest Scoring Orchestra. Ditambah pula dengan sentuhan Mac Chew serta beberapa pemuzik tempatan seperti Ujang, Shah dan Gideon. Bunyinya begitu gah,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman baharu ‘Cinta Di Akhir Garisan‘ dihentam netizen, Adira tak kecil hati...“Tak harap versi ini setanding yang dahulu“ARTIKEL BERKAITAN: ‘Cinta Di Akhir Garisan’ versi 2.0, Ajai guna orkestra Budapest... Gabung empat penyanyi vokal hebatPemilihan Marsha, Adira, Nadeera dan Aisha dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk kesesuaian karakter vokal, pencapaian, populariti serta kemampuan mereka mewakili generasi semasa dalam industri muzik tanah air.Bagi Marsha Milan, peluang merakamkan semula karya yang cukup dikenali itu hadir bersama tanggungjawab besar. Bagaimanapun, Marsha berkata pendekatan baharu yang diberikan terhadap lagu itu membolehkan setiap penyanyi menyerlahkan kekuatan masing-masing.Cinta Di Akhir Garisan 2.0 muncul selepas tiga dekad.“Saya dan ketiga-tiga sahabat saya telah memberikan yang terbaik. Saya teruja dan yakin peminat pasti faham kehendakdan tuntutan versi 2.0 kerana ada banyak perbezaannya.“Salah satunya ialah pembahagian nyanyian yang berbeza. Ini juga memberikan kepuasan kepada setiap daripada kami yang terlibat,” katanya.Sementara itu, Nadeera berkata setiap penyanyi diberikan ruang yang seimbang dalam versi terbaharu berkenaan, sekali gus membolehkan mereka membawa identiti vokal sendiri tanpa perlu bersaing antara satu sama lain.“Kami semua memang teruja dan bersedia mendengar apa juga ulasan peminat. Apabila abang Ajai memberitahu susunan muzik kali ini berbeza, pembahagian nyanyian juga dibuat secara adil.“Paling penting, kami tidak ‘overshadow’ antara satu sama lain dan masing-masing membawakan bahagian mengikut kredibiliti sendiri,” katanya.Versi asal Cinta Di Akhir Garisan terbitan 1997 menampilkan Ziana Zain, Nora, Ning Baizura dan Dessy Fitri.