PENGALAMAN mengalami keguguran anak pertama membantu pelakon Hannah Delisha menghayati watak Nerina yang turut berdepan musibah yang sama dalam drama Dia Perempuan Sialan.Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 30, berkata dia bagaimanapun tidak membiarkan pengalaman peribadi itu mempengaruhi emosi ketika berada di set penggambaran. Menurutnya, sebagai pelakon dia perlu memisahkan kehidupan sebenar dengan watak yang dibawakan agar emosi peribadi tidak mengganggu lakonan.Hannah memegang watak Nerina dalam Dia Perempuan Sialan.“Karakter itu tidak memberi kesan kepada saya kerana itu hanyalah sebuah watak sahaja. Saya perlu membahagikan kehidupan peribadi dengan watak.“Tetapi sedikit sebanyak ia membantu juga kerana saya pernah mengalami keguguran.“Secara tidak langsung, emosi itu akan ada juga. Namun, saya pastikan ia tidak terlalu mengganggu saya ketika berada di hadapan kamera,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Babak dukung Hannah Delisha, Meerqeen ikut kehendak skrip atas persetujuan semua pihakARTIKEL BERKAITAN: [V] Hannah Delisha ‘dicium‘ makhluk misteri, muncul kesan merah bentuk bunga semanggi di dahiDalam drama tersebut, Hannah membawakan watak Nerina iaitu seorang isteri yang pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali.Hannah sebelum ini pernah berkongsi mengenai pengalaman kehilangan cahaya mata pertama pada April 2024 ketika kandungannya berusia 12 minggu.Sementara itu, Hannah memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai babak mendukung Meerqeen ketika dia seolah-olah mengalami keguguran dalam drama berkenaan.“Lebih baik kita fokus kepada drama kerana semua pelakon dan kru sudah bekerja keras untuk drama ini,” ujarnya.Hannah dan suami masih belum mempunyai cahaya mata.Dia Perempuan Sialan atau The Hidden Hand merupakan drama bersiri 12 episod yang mengangkat cerita rakyat Melayu dengan elemen dendam, seram supernatural dan ngeri.Siri berkenaan turut mengetengahkan sisi gelap keluarga, pengkhianatan dan dendam dalam penceritaan kandungan original Viu Malaysia.Idea asal karya tersebut dicetuskan oleh Erma Fatima sebelum disambung oleh Siti Jasmina Ibrahim dan diarahkan Nur Ain Sharif.Selain Hannah dan Meerqeen, drama berkenaan turut menampilkan Caitlin Halderman, Datin Seri Umie Aida, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan Amerul Affendi.