suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aniq Suhair akui terlepas pandang ‘belanja‘ pusat dalam filem, masih jaga prinsip batas aurat

Aniq kekal prinsip untuk tidak menayangkan auratnya kepada tontonan umum.

PELAKON Aniq Suhair mengakui terlepas pandang apabila melakonkan babak tidak berbaju sehingga menampakkan bahagian pusat menerusi kemunculannya dalam filem terbaharu berjudul Bisikan Nafsu.

Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 26, menjelaskan insiden yang tidak disengajakan itu berlaku disebabkan seluar yang dipakainya agak longgar.

Jelas Aniq, dia masih berpegang teguh pada prinsip menjaga batasan aurat seperti yang pernah dinyatakan pada Oktober 2023. 

“Sebenarnya memang saya tengah menjaga perkara itu. Kalau boleh saya memang tidak mahu terlalu dedahkan tubuh badan saya.

Aniq berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Tetapi dalam filem ini, ia cuma ternampak sedikit sahaja. Seluar itu sebenarnya saya sudah tarik melepasi paras pusat, tetapi disebabkan saiznya agak longgar, ia terjatuh ke bawah.

“Kawasan lutut dan bahagian lain memang tidak nampak, jadi saya akui memang terlepas pandang untuk babak tersebut,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem tersebut di TGV KLCC pada Rabu. 

Mengulas mengenai babak yang menayangkan tubuhnya, Aniq berkata dia tidak diberitahu lebih awal mengenai tuntutan menanggalkan pakaian sewaktu menerima tawaran itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair minta padam fotonya tidak menutup aurat, dalam fasa perbaiki diri... “Tak sedar kita hampir di penghujung”

ARTIKEL BERKAITAN: Lutut koyak ketika jalani penggambaran, Aniq Suhair terima enam jahitan

“Masa awal-awal ditawarkan, saya tidak tahu pun ada babak kena buka baju. Perkara itu adalah atas permintaan orang-orang sekeliling termasuk pihak pengarah dan penerbit di saat-saat akhir penggambaran.

“Kalau untuk naskhah lain selepas ini, tiada masalah sekiranya diminta untuk buka baju sekali lagi. Cuma saya akan pastikan bahagian pusat ditutup dengan betul dan tidak akan biarkan pantang larang itu terlepas lagi,” ujarnya. 

Dalam masa sama, Aniq juga bersedia berdepan kritikan warganet mengenai perkara tersebut selain bentuk tubuhnya yang kelihatan lebih besar daripada sebelum ini. 

Aniq terima sekiranya babak tersebut mendapat kritikan netizen.

“Saya rasa orang ramai mungkin akan lebih kecam bahagian perut saya yang belum sedia sebab ketika penggambaran dijalankan, saya memang sedang dalam proses untuk membesarkan badan.

“Tiba-tiba dapat tawaran untuk lakonkan filem ini, jadi memang tak sempat nak siapkan bentuk badan sepenuhnya. Jadi bila terpaksa 'belanja', reda sahajalah,” tambahnya. 

Sebelum ini pada Oktober 2023, Aniq pernah merayu kepada peminat dan kenalan agar memadam semua foto lamanya yang mengenakan seluar pendek daripada simpanan mereka.

Ketika itu, Aniq menyuarakan kebimbangan mengenai saham dosa berterusan yang perlu ditanggungnya seandainya imej tidak menutup aurat itu terus menjadi tatapan umum di laman sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain