suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Suami rasa saya cantik“ – Pujian Akwa bantu Najwa Latif hadapi kutukan netizen

Najwa sebak kenang pengorbanan suami.

PENYANYI Najwa Latif meluahkan rasa penghargaan terhadap sikap suaminya Akwa Arifin yang sentiasa meyakinkan dirinya kelihatan cantik biarpun ketika berdepan kecaman netizen.

Malah, kata Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa binti Abdul Latif, 31, suaminya juga selalu memberikan kata-kata positif dalam menghadapi komen negatif orang lain.

“Sentiasa ingatkan saya cantik. Sekarang bila orang cakap saya tak cantik, ia dah tak menyakitkan hati lagi. Yang penting suami saya rasa saya cantik.

“Sentiasa ingatkan saya untuk fikir perkara yang baik-baik. Sentiasa cuba buat saya gelak walaupun saya tengah menangis teresak-esak,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instastory.

Perkongsian Najwa jadi perhatian.

Pada hantaran sama, penyanyi yang mencipta fenomena dengan lagu Cinta Muka Buku itu turut meluahkan rasa syukur dan terharu melihat pengorbanan suaminya membantu menguruskan rumah tangga dan anak mereka, Medina.

Katanya lagi, Akwa sentiasa berusaha memudahkan urusannya malah tidak pernah membuatkan dirinya berasa bersalah ketika melalui fasa sebagai seorang ibu.

“Terima kasih Akwa sebab berusaha sentiasa memudahkan saya dalam segala hal. Tak pernah buat saya rasa bersalah.

“Sentiasa cakap terima kasih bila saya buat semua benda dan susukan Medina. Sentiasa bantu siapkan Medina dan tolong dalam kebanyakan hal rumah,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizikal dihina, Najwa Latif akur pendapat netizen... “Walaupun saya sendiri tidak dihormati“

ARTIKEL BERKAITAN: Hormat pandangan ramai, Najwa Latif terbuka baca komen ‘body shaming’

Dalam hantaran itu, dia turut berkongsi momen suaminya sedang menidurkan anak mereka.

Menurut Najwa, Akwa juga memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan mereka termasuk membantu menguruskan anak, kerja rumah serta menjadi tempat untuknya meluahkan perasaan.

“Dialah jururawat, dialah tukang cuci, dialah yang meneroka dan belajar tentang dunia pengepam susu ibu, dialah tukang urut, dialah ahli terapi dan dialah tempat Wawa boleh jadi orang paling lemah selemah-lemahnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Najwa turut mendedahkan suaminya sebelum ini pernah takut untuk bergelar seorang bapa, namun kini dia melihat Akwa begitu hebat dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.

Najwa bahagia di sisi suami dan anaknya.

“Akwa dulu selalu cakap dia takut nak jadi bapa, tapi tengoklah sekarang. Dia sangat hebat sebagai seorang bapa. Memang hebat. Rasa macam, macam mana boleh jadi hebat macam ini, tapi itulah, dengan izin Allah. Cewahhhhhh! Alhamdulillah.

“Terima kasih Akwa sebab menyayangi Medina dan saya. Awak adalah malaikat dalam bentuk manusia. Terima kasih sebab menjadi suami yang terbaik, sayang.

“Maaf, makcik agak emosi sedikit fikir tentang suami dan anak hari ini. Cukuplah itu. Selamat tinggal,” tulisnya.

Untuk rekod, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa Arifin pada 11 November 2022 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Artikel Lain