BIMBANG bakal dilabel lelaki lembut, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan hampir menolak tawaran membintangi drama bersiri Sekali Lagi Bahagia terbitan iQIYI Original.Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 29, berkata dia pada awalnya enggan menerima tawaran tersebut kerana bimbang watak Izmir yang dibawakan akan mempengaruhi pandangan penonton terhadap dirinya. Bagaimanapun, perasaan rindu untuk kembali berlakon selepas sekian lama berehat daripada dunia lakonan membuatkan dia berubah fikiran.Afieq akur bawakan watak lelaki lembut dalam Sekali Lagi Bahagia.“Sebab saya tak nak nanti orang akan ‘cop’ saya lembut. Tapi satu benda yang buat saya terima adalah saya rindu nak berlakon. Saya rindu nak tengok muka saya depan skrin.“Saya suka berlakon sebagai satu seni. Ada karakter yang tak perlu banyak dialog pun, tetapi kita kena tahu bagaimana nak sampaikan emosi kepada penonton.“Saya suka benda itu. Kalau dibandingkan dengan karakter dalam Rampas Cintaku, watak kali ini memang 360 darjah berbeza,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Afieq Shazwan sasar kahwin 28 Ogos 2028, rahsiakan dulu identiti pasanganARTIKEL BERKAITAN: Persaingan punca Tajul, Afieq Shazwan renggang?Menurut Afieq, watak Izmir turut menjadi cabaran baharu buat dirinya kerana dia perlu melakukan kajian bagi memahami karakter lelaki yang mempunyai sifat lembut dan soft-spoken.Katanya, dia turut berlatih di hadapan cermin serta di rumah bagi memastikan karakter tersebut dapat disampaikan dengan baik kepada penonton.“Ini cabaran bagi saya sebab sebelum ini saya tak pernah berlakon watak yang bukan ‘vibe’ saya. Saya kena kaji bagaimana watak yang ‘soft-spoken’ ini.“Jadi saya cari benda yang ada dalam diri saya dan praktis depan cermin serta di rumah. Sampai mak saya pun tergelak-gelak tengok saya berlatih,” ujarnya. Tidak terlalu ekstrem, lebih kepada buat orang tergelak.AFIEQ SHAZWANPENYANYI/PELAKONDalam pada itu, Afieq mengakui dia turut bimbang sekiranya penonton menyukai lakonannya sehingga menyebabkan dia menerima lebih banyak tawaran untuk membawakan karakter sama.“Bila orang kata mereka suka, saya jadi takut juga. Sebab kalau orang suka, nanti akan ada lagi tawaran watak macam itu.“Tapi saya memang suka kepelbagaian. Kalau selepas ini ada watak lain yang mencabar dan saya tak pernah buat, saya akan rasa benda itu menarik.“Kalau asyik jadi hero yang kacak sahaja pun terlalu biasa,” kongsinya.Barisan pelakon drama Sekali Lagi Bahagia.Mengulas mengenai drama berkenaan, Afieq menjelaskan jalan cerita Sekali Lagi Bahagia tidak menjurus kepada hubungan songsang seperti yang mungkin disangka sesetengah penonton.Sebaliknya, kata Afieq, watak-watak terbabit lebih menonjolkan elemen komedi dan persahabatan.“Tidak terlalu ekstrem. Lebih kepada buat orang tergelak. Benda-benda macam itu lebih kepada komedi,” jelasnya.Selain Afieq, Sekali Lagi Bahagia turut menampilkan Zara Zya, Izzue Islam, MK K-Clique dan Dayang Areeda.Drama yang mengisahkan perjalanan hidup seorang ibu tunggal bersama anaknya itu bakal menemui penonton mulai 25 September menerusi platform penstriman digital (OTT) iQIYI.