PEMINAT sinema antarabangsa di Malaysia berpeluang menikmati seleksi enam filem terbaik dari Itali menerusi festival Italian Screens yang bakal berlangsung di GSC Mid Valley bermula 26 September hingga 11 Oktober depan.Program edisi sulung anjuran Kedutaan Itali di Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Antarabangsa Cinecittà dan GSC International Screens itu diadakan selama tiga hujung minggu berturut-turut pada setiap Sabtu dan Ahad. Antara karya tumpuan yang dibawakan ialah filem hebat arahan pengarah terkenal Paola Cortellesi, C’è Ancora Domani (There’s Still Tomorrow) yang pernah merangkul pelbagai anugerah antarabangsa.'La Vita da Grandi (Siblings)' antara filem yang mendapat perhatian di Itali. Karya berlatarbelakangkan kota Rom pada tahun 1946 itu mengangkat kisah ketabahan dan keberanian seorang wanita menuntut maruah serta hak kebebasan diri sewaktu era referendum hak mengundi wanita.Selain itu, lima lagi naskhah menarik pelbagai genre turut menemui penonton ialah Diamanti (Diamonds), La Vita da Grandi (Siblings), Napoli-New York (Naples to New York), Benvenuti in Campagna (Green Family) dan Il Bene Comune (The Greater Good).Koleksi filem berkenaan mengetengahkan tema kekeluargaan, drama sosial, komedi serta solidariti wanita yang membentuk cerminan kehidupan kontemporari masyarakat Itali sekarang. ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi harap Aziz M. Osman tak patah semangat, yakin karya pengarah itu masih relevanARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin hantu raya ini memang ganas“ - Liyana Jasmay dakwa ‘diganggu‘ di Cherating, ustaz saran baca al-QuranDuta Besar Itali ke Malaysia, Raffaele Langella berkata inisiatif ini merupakan medium dalam mendekatkan penglibatan budaya Itali kepada penonton tempatan menerusi karya seni layar perak.“Pilihan filem ini mencerminkan kepelbagaian dan dinamisme filem Itali pada hari ini, daripada kisah berlatarkan keluarga dan komuniti kepada karya yang mengetengahkan perubahan sosial, identiti dan hubungan sesama manusia.“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Cinecittà dan GSC International Screens dalam membawa filem-filem ini kepada penonton di Malaysia,” katanya.Filem Naples to New York menceritakan mengenai kanak-kanak yang berani. Kesemua enam naskhah berkenaan akan ditayangkan di Dewan 10 (Hall 10) GSC Mid Valley dengan sajian dua filem pada setiap hari tayangan.Bagi memberi ruang kepada penonton menghayati keseluruhan judul, setiap karya akan diulang tayang sebanyak dua kali dalam bahasa Itali berserta sarikata bahasa Inggeris.Tiket tayangan ditawarkan pada kadar tetap RM15 dan mula dijual kepada umum bermula Khamis, 24 September.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube