suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Untuk apa dedah?“ - Azhar Sulaiman ‘sorok‘ harga tawaran berlakon, tak kisah artis muda dibayar RM100,000

Azhar enggan ambil peduli mengenai bayaran pelakon lain.

PELAKON Azhar Sulaiman tidak pernah cemburu dengan segelintir pelakon muda yang menerima bayaran lumayan sehingga mencecah RM100,000 untuk sesebuah filem.

Azhar, 55, berpendapat nilai bayaran yang tinggi tidak wajar dipertikaikan kerana setiap penerbit mempunyai penilaian tersendiri terhadap bayaran yang dibuat.

“Bagi saya, kalau pelakon itu minta RM100,000 dan penerbit sanggup bayar, itu rezeki mereka. Maknanya penerbit itu yakin dengan pelakon berkenaan.

“Kalau dia yakin pelakon itu boleh memberikan pulangan, kenapa tidak? Tidak ada sebab untuk berasa cemburu kerana itu adalah tuah dan rezeki.

Azhar berpendapat penerbit mempunyai penilaian yang tersendiri. 

“Sekiranya pelakon itu boleh buktikan dia adalah 'cash cow' dan dengan mengambilnya filem itu boleh meletup, bayaran itu ada justifikasinya,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis pratonton telefilem Miselia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Azhar berkata status seorang pelakon tidak seharusnya diukur semata-mata menerusi angka pengikut di media sosial atau trofi kemenangan di pentas anugerah.

Sebaliknya, kayu pengukur terletak kepada keupayaan individu tersebut memikat hati khalayak serta menarik penonton membeli tiket ke pawagam.

ARTIKEL BERKAITAN: Cekap memasak dan kemas rumah, tindakan Azhar Sulaiman hantar Leona belajar di UK tepat

ARTIKEL BERKAITAN: Lega anak-anak tamat belajar, satu keluarga Azhar Sulaiman lulusan universiti ternama

“Bintang itu dapat kita lihat daripada penerimaan penonton dan perkembangan seseorang dalam industri, bukan semata-mata sebab dia menang anugerah.

“Walaupun dia bukan pelakon dan mungkin hanya pencipta kandungan, tetapi kehadirannya boleh menarik penonton dan membantu filem itu berjaya, itu juga adalah salah satu strategi perniagaan.

“Kalau dia masih ada pengikut dan mampu menarik orang untuk menonton, bermakna dia masih mempunyai 'harga',” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Azhar menegaskan dia tidak akan sesekali menghebohkan kadar bayaran yang diterimanya kepada umum, sama ada ketika ditawarkan amaun yang rendah atau tinggi.

Azhar tidak akan menghebohkan jumlah bayaran kepada orang ramai. 

Tegasnya, tindakan mendedahkan isu bayaran di khalayak hanya membuka ruang kepada perbuatan menagih simpati atau menunjuk-nunjuk yang tidak mendatangkan sebarang faedah.

“Kalau saya dapat tawaran rendah, saya takkan sesekali bercerita di media sosial atau mengatakan yang produksi tidak menghormati saya hanya kerana menawarkan RM500 sehari.

“Saya takkan sesekali buat macam itu. Begitu juga kalau saya dapat bayaran RM5,000 sehari, saya tidak akan cerita bahawa saya ini hebat.

“Untuk apa buat semua itu? Nak dapatkan simpati atau nak bermegah-megah? Saya memang tidak akan dan tidak pernah dedahkan perkara itu kepada umum,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain