Bekas pekerja hanya mahu menuntut hak yang sepatutnya daripada pasangan suami isteri itu. -Gambar hiasan AI
SEORANG penyanyi wanita dan suaminya dipercayai gagal membuat pembayaran gaji berserta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja yang juga pengurus peribadinya sejak lima bulan lalu.Enggan terus berdiam diri, wanita yang mahu dikenali sebagai Alia mendakwa keseluruhan jumlah yang perlu dibayar penyanyi dan suaminya bernilai kira-kira RM14,000. Dedah Alia, sepanjang berkerja dengan suami penyanyi itu, dia menerima gaji bulanan sebanyak RM3,000, namun bayaran bagi tugasan berkaitan urusan dan acara penyanyi berkenaan didakwa tidak pernah diterimanya.Pengurus kecewa majikan tidak serahkan gaji seperti dijanji. -Gambar hiasan AI“Sebenarnya saya bekerja dengan suami dia terlebih dulu. Saya sudah bekerja dengan suaminya selama empat tahun.“Dalam masa yang sama, si isteri ambil saya sebagai pengurus. Dia janji setiap kali ada kerja, dia akan bayar saya tetapi tidak beritahu berapa jumlahnya.“Tetapi setiap kali saya buat kerja saya tidak pernah dapat bayaran. Kita pula rasa segan untuk meminta kerana dia sepatutnya tahu sendiri kita sudah bekerja dan buat semua perkara,” katanya kepad mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan dakwa ditipu penerbit dan pelakon popular, mahu tuntut semula RM16,000... Kucing masuk ICU antara alasan tangguh bayarARTIKEL BERKAITAN: Penerbit ditipu novelis popular, ribuan ringgit lesap tapi projek drama tak wujudMenurut wanita berusia 36 tahun itu, dia sudah beberapa kali meminta penjelasan mengenai pembayaran tersebut pada suami penyanyi berkenaan namun hanya diberi alasan syarikat masih belum menerima wang daripada pelabur.Malah dia juga pernah menghubungi penyanyi wanita itu bagi mendapatkan bantuan menyelesaikan isu tersebut namun diminta untuk berbincang dengan suaminya."Sudah banyak kali mereka beri tempoh masa, bulan demi bulan, tetapi masih belum dibayar. Bukan saya seorang saja sebenarnya, ada beberapa pekerja lain terima nasib seperti saya. Kami memang rapat sampai saya uruskan semua urusan peribadinya.BEKAS PEKERJA“Saya sudah bangkitkan perkara ini dan pernah beritahu akan membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), tetapi mereka seperti tidak ambil peduli tapi buat ugutan pula,” ujarnya.Alia juga mendakwa penggunaan wang syarikat untuk urusan peribadi menjadi punca pembayaran gaji pekerja terganggu."Dia baru lakukan pengubahsuaian rumah, baharu saja siap.“Kalau sudah tahu tidak ada duit, janganlah gunakan dahulu kerana akhirnya pekerja yang menjadi mangsa," luahnya.Berkongsi mengenai tugasnya sebagai pengurus peribadi, Alia mengakui ia merupakan kesilapannya kerana terlalu mempercayai janji secara lisan tanpa sebarang perjanjian bertulis.Bekas pekerja tertekan aduan tidak dilayan bekas majikan."Ketika itu saya bekerja atas dasar kepercayaan. Kami memang rapat sampai saya uruskan semua urusan peribadinya.“Sebab itu saya sangat terkilan apabila perkara seperti ini berlaku. Setiap kali ada acara saya buat kerja bersungguh-sungguh, malah ketika sedang mengandung pun saya tetap bekerja,” kongsinya.Dalam pada itu, Alia menjelaskan pendedahan tersebut bukan kerana ingin memalukan bekas majikannya itu namun ingin menuntut kembali haknya.“Saya sudah tidak tahan kerana gaji tidak dibayar. Sekarang saya cuma mahu tuntut hak saya.“Saya harap perkara ini menjadi pengajaran kerana bukan semua pekerja akan terus berdiam diri," jelasnya.