suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiz Zaqyah kerja keras untuk kurus, pernah hilang banyak tawaran kerana dianggap ‘gemuk‘

Tiz tegur sikap netizen yang tak senang melihat perubahannya.

SELEPAS berjaya mendapatkan semula bentuk badan yang lebih langsing, pelakon Tiz Zaqyah berdepan pelbagai tuduhan daripada netizen yang mempersoalkan perubahan fizikalnya.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 38, berkata dia bekerja keras untuk mendapatkan semula bentuk rahang dan tulang pipi yang sebelum ini kelihatan kurang menyerlah akibat pertambahan berat badan.

Menurutnya, perubahan tersebut membuatkan dia kini lebih selesa mengenakan pelbagai jenis pakaian termasuk busana lama yang sebelum ini tidak lagi muat dipakai.

Tiz kini lebih selesa untuk bergaya.

“Sekarang saya sudah boleh memakai semula semua seluar dan pakaian bersaiz XS hingga S.

“Dahulu saya tidak pernah selesa melihat diri sendiri kelihatan bulat seperti bulan apabila menonton semula drama lama,” katanya menerusi hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi kahwin Jun, Tiz Zaqyah dan teman lelaki cari tarikh sesuai nikah hujung tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Doakan kami” - Lelaki dipercayai kekasih kongsi foto bersama Tiz Zaqyah

Dalam hantaran sama, Tiz turut berkongsi beberapa foto yang memaparkan perubahan fizikalnya sepanjang bergelar pelakon.

Berkongsi pengalaman ketika mempunyai tubuh lebih berisi, Tiz berkata dia pernah berdepan kesukaran untuk mendapatkan pakaian yang sesuai ketika menjalani penggambaran.

Malah, dia mendakwa pernah kehilangan beberapa tawaran iklan dan lakonan kerana bentuk badannya ketika itu.

Tiz bersama teman lelakinya, Nas Amer.

“Ketika penggambaran, saya selalu berdepan kesukaran mencari pakaian yang muat. Pernah sekali zip skirt saya pecah ketika memakai pakaian tajaan. Mujurlah penerbit memahami keadaan dan mengatakan tidak mengapa.

“Akhirnya, saya kembali mempunyai bentuk pinggang seperti dahulu. Jadi, komen-komen sebegini memang agak menjengkelkan.

“Jangan lupa, saya pernah kehilangan banyak tawaran iklan dan kerja lakonan kerana dianggap ‘gemuk’, ‘tidak kurus’, ‘tembam’ dan tidak cantik di hadapan kamera,” luahnya.

Artikel Lain