ISTERI kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya terharu melihat pengorbanan suaminya yang banyak membantu menguruskan rumah tangga sepanjang dia menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali kedua.Hasanah, 36, berkata walaupun perkara tersebut mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak, segala bantuan yang diberikan Achey amat bernilai buat dirinya. “Terima kasih sayang sebab banyak sangat membantu isterimu ini. Dah berapa bulan ini sayanglah yang banyak uruskan rumah, kemaskan rumah, basuh baju, uruskan Tiara dan macam-macam lagi.Isteri terharu lihat tindakan Achey dalam menguruskan rumah.“Terima kasih sebab sentiasa ada dan memahami," katanya menerusi hantaran di Instagram.Menerusi hantaran tersebut, Hasanah turut berkongsi video memaparkan Achey sedang sibuk mengemas kediaman mereka.Tersentuh dengan sikap suaminya yang sentiasa berada di sisi ketika dia melalui proses rawatan berkenaan, Hasanah turut menitipkan doa agar segala urusan Achey dipermudahkan.ARTIKEL BERKAITAN: Emosi isteri Achey bercampur baur jalani IVF, usaha kali kedua untuk dapat anakARTIKEL BERKAITAN: Isteri Achey mula rawatan IVF kali kedua, Tiara terlalu berharap dapat adik... “Mama takut kecewakan kakak”“Semoga segala apa yang awak hajati dipermudahkan dan tercapai sayang.“Semoga Allah balas setiap pengorbanan awak dengan rezeki, kebahagiaan dan segala yang baik-baik,” ujarnya.Pada Jun lalu, Hasanah memaklumkan dia menjalani prosedur IVF buat kali kedua sebagai usaha mereka untuk menambah cahaya mata.Isteri Achey lakukan rawatan IVF buat kali kedua.Menurut Hasanah, dia dan Achey tidak akan berputus asa untuk terus berusaha serta berdoa agar segala proses yang dirancang berjalan lancar.Sebelum ini pada Disember 2022, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, memaklumkan isterinya pernah menjalani rawatan IVF dalam usaha mereka untuk menimang cahaya mata, namun rezeki masih belum menyebelahi mereka.Untuk rekod, Achey dan Hasanah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mempunyai seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah, yang dipelihara sejak 2018.