suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mungkin hantu raya ini memang ganas“ - Liyana Jasmay dakwa ‘diganggu‘ di Cherating, ustaz saran baca al-Quran

Liyana teruja menantikan filem pertama arahannya ditayangkan di pawagam Oktober ini.

PELAKON yang terlibat dalam penggambaran Pemuja Syaitan dipercayai mengalami kerasukan ketika sedang menjayakan salah satu babak dalam filem tersebut.

Perkara itu didedahkan pengarahnya, Liyana Jasmay, 38, yang mengakui terkejut ketika melihat semula rakaman berkenaan sewaktu proses suntingan.

Menurut Liyana, pelakon terbabit pada awalnya hanya berlakon seperti biasa sebelum keadaan didakwa berubah secara tiba-tiba selepas mengalami kerasukan.

“Dalam filem, penonton lihat sendiri nanti memang ada orang yang betul-betul kena rasuk waktu itu.

Liyana mendedahkan adegan sebenar turut ditayangkan dalam filem.

“Dia berlakon tetapi dalam masa sama dia kena rasuk. Anda boleh rasa sebab masa saya buat suntingan, saya terkejut.

“Boleh rasa ada sesuatu dekat dengan dia,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Liyana turut berkongsi pengalaman 'diganggu' ketika menjalani penggambaran Pemuja Syaitan di Cherating, Pahang pada akhir tahun lalu.

Katanya, dia pernah melihat kelibat lembaga hitam yang dipercayai menyerupai hantu raya ketika berada di lokasi penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Perangai umpama syaitan“ - Liyana Jasmay sedih rakan industri mengumpat dirinya, kesal tiada kebersamaan dalam dunia seni

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang tak dapat ‘makan‘ hasil rumah sewa... Mentua ungkit perbelanjaan pendidikan suami, minta bayar semula RM70,000

Bagaimanapun, Liyana memilih untuk tidak terlalu memikirkan kejadian tersebut selepas dinasihatkan seorang ustaz supaya terus membaca al-Quran dan meneruskan penggambaran seperti biasa.

“Saya memang buat tidak tahu sebab ustaz pun cakap, tidak perlu fokus sangat. Cuma baca surah al-Baqarah dan teruskan penggambaran.

“Saya nampak lembaga hitam, mungkin hantu raya. Selalunya tidak begitu. Dia ikut saya sampai ke hotel, tetapi yang ini memang ganas.

Dalam filem, penonton lihat sendiri nanti memang ada orang yang betul-betul kena rasuk waktu itu.

LIYANA JASMAY

PELAKON & PENGARAH

“Selepas itu saya bangun dan terus solat. Saya terus mengaji tidak berhenti seharian. Mungkin kami tidak sempat mengaji sepanjang masa. Balik itu saya mula mengaji setiap masa saya berada,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Liyana berkata lokasi penggambaran yang digunakan merupakan sebuah tempat yang sudah lama ditinggalkan dan jarang dikunjungi orang.

“Kejadian rasuk itu memang betul sebab tempat ini ditinggalkan, orang tidak masuk pun. Jadi, kita datang dan buat studio.

Liyana turut menerima gangguan di set penggambaran Pemuja Syaitan.

“Ada orang cakap awal-awal orang kampung pun tidak masuk ke tempat itu sebab sudah bertahun-tahun ditinggalkan.

“Kita macam bawa padah kepada diri sendiri. Tetapi sudah semestinya kita ada ustaz,” katanya.

Pemuja Syaitan merupakan karya sulung arahan Liyana Jasmay yang dibintangi Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar dan Aila Azizul.

Terbitan Mermaid Studio, karya berkenaan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain