suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nabila Huda mohon masyarakat hormati anak seni, pelakon bukan kerjaya mudah hanya glamor

Nabila harap masyarakat lebih hargai susah-payah kerjaya anak seni.

PELAKON Nabila Huda mempertahankan profesion lakonan dengan menyelar tanggapan segelintir pihak yang memandang rendah pada bidang seni.

Malah Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 42, menjelaskan, industri seni juga bukanlah seperti yang diperkatakan iaitu sebagai sekadar kerja mudah dan glamor semata-mata.

Nabila mendedahkan hakikat di sebalik tabir dunia lakonan menuntut pengorbanan masa, emosi dan fizikal yang dahsyat sehingga terpaksa menggadaikan waktu rehat bersama keluarga mahupun diri sendiri.

Nabila Profesion pelakon banyak berkorban masa di set penggambaran.

“Pernah tak terfikir betapa sukarnya bergelar seorang pelakon? Pengorbanan paling besar adalah masa. Kami hilang begitu banyak masa hanya untuk berada di set penggambaran.

“Kami korbankan hari cuti, cuti umum, hujung minggu serta masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Menjadi pelakon tiada istilah hujung minggu, sakit pun tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit (MC).

“Secara mental kami sangat penat kerana otak sentiasa berfikir untuk berikan yang terbaik bagi setiap watak.

“Kami bekerja lebih 12 jam sehari. Masuk hutan, tasik, mandi lumpur, tempat kotor dan ada kalanya baring tepi jalan. Tidur cuma lima jam kemudian bangun dan ulang semula rutin sama,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda profesional lakon babak ‘mesra’ dengan Hun Haqeem... “Bukan suka-suka nak sentuh anak orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Terbuka terima teguran, Nabila Huda pilih pakaian sesuai ketika berniaga

Mengulas lanjut, Nabila berkongsi, pelakon sering kali dipaksa mengerah emosi berat secara berulang kali demi mendapatkan rakaman terbaik.

“Kalau babak emosi yang berat, kadangkala dari pukul 8 pagi sampai ke malam kita kena menangis berulang kali. Rakaman demi rakaman, sudut berbeza tetapi emosi yang sama dan kita kena berikan segalanya.

“Bila demam atau sakit, kita kuatkan diri juga datang ke set sebab tahu berapa ramai orang bergantung pada hari itu.

“Lokasi dah bayar, kru dah ada, artis lain dah kunci tarikh dan peralatan dah sedia. Ia bukan hanya tentang diri kita semata-mata,” ujarnya.

Nabila tak merungut tapi mahu anak seni dihormati.

Tegas Nabila, perkongsian tersebut dibuat bukan bertujuan untuk merungut, sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada masyarakat agar menghormati titik peluh penggiat seni tanah air.

“Saya bukan merungut, saya cuma nak kongsi proses ini kerana ada orang tengok apa yang kami buat nampak mudah, atau lebih teruk mereka anggap ini satu kerjaya yang tidak elok.

“Saya sangat cintakan kerjaya saya. Apa yang saya minta hanyalah sedikit rasa hormat daripada orang yang suka bercakap buruk tentang perkara yang kami cintai dan dedikasikan sepanjang hidup ini.

“Sebelum anda nilai profesion kami atau kata kerja ini glamor dan sekadar berlakon, tolong faham bahawa di sebalik apa yang dilihat di kaca skrin, ada jam kerja yang panjang, pengorbanan, keletihan, disiplin serta komitmen yang anda tidak nampak,” tambahnya.

Artikel Lain