suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Shahz dedah kiraan sebenar gaji pelakon... “Jangan cakap artis tak tahu bersyukur“

Adam jelaskan salah faham yang berlaku dengan kenyataannya.

GARA-GARA mengeluarkan kenyataan enggan menerima tawaran dengan kadar bayaran rendah, pelakon Adam Shahz berdepan kritikan netizen dan dianggap tidak tahu bersyukur.

Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 46, bagaimanapun tampil menjelaskan situasi sebenar terutama berkaitan bayaran pelakon yang dikira mengikut hari.

Menurut Adam, kadar RM300 hingga RM400 sehari mungkin kelihatan tinggi, namun perlu dilihat berdasarkan tempoh serta jumlah hari seseorang pelakon terbabit dalam sesebuah projek.

Adam minta netizen jangan cepat melatah.

“Ada keluar satu kenyataan saya mengenai bayaran RM300 hingga RM400 sehari untuk lakonan. Nampak besar, kan?

“Tapi perlu tahu, untuk satu projek drama bersiri contohnya, ada yang mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk disiapkan.

“Kalau dibayar ikut hari memang nampak macam berpuluh ribu ringgit. Jangan samakan dengan watak utama, hero dan heroin kerana mereka biasanya dibayar secara lump-sum (sekaligus) berdasarkan komitmen setiap hari,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan ditindas produksi, Adam Shahz tak berlakon setahun sebab tawaran harga tak masuk akal

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh tak puas hati Adam Shahz buat reviu percuma, dakwa cuba jadi ‘hero’ ganggu periuk nasi

Kata Adam, kadar bayaran harian kebiasaannya diberikan kepada pelakon yang hanya muncul dalam beberapa episod dan tidak terbabit sepanjang tempoh penggambaran sesebuah drama.

“Gaji harian ini selalunya untuk watak yang muncul sekejap. Mungkin daripada 30 episod, dia hanya muncul dalam lima episod.

“Penggambaran pula bukan setiap hari. Mungkin hanya lima hari sahaja terbabit dan tempoh penggambaran untuk 30 episod itu mengambil masa dua hingga tiga bulan," kongsinya.

Adam turut memberi contoh jika pelakon hanya terlibat lima hari penggambaran berkemungkinan tidak menerima bayaran tersebut dalam satu bulan yang sama.

Kalau bawah RM2,000 sebulan, cukup ke?

ADAM SHAHZ

PELAKON

Walau bagaimanapun pelakon masih boleh mencuba nasib dengan menerima tawaran lain sekiranya mempunyai masa terluang, namun ia bergantung kepada jadual penggambaran sedia ada.

“Contohnya, lima hari penggambaran itu dipecahkan kepada tiga hari pada bulan ini dan baki dua hari lagi pada bulan depan.

“Jadi berapa bayaran yang diterima pada bulan tersebut? Kalau RM600 sehari, hanya RM1,800 untuk bulan pertama dan RM1,200 pada bulan kedua. Kalau bernasib baik dan tiada tarikh bertembung, bolehlah selit-selit tawaran lain.

“Jadi kalau bawah RM2,000 sebulan, cukup ke? Jangan baca artikel terus cakap artis-artis ini tak tahu bersyukur,” ujarnya.

Adam anggap bukan mudah mencari rezeki sebagai pelakon.

Dalam pada itu, Adam berkata keadaan tersebut menyebabkan sesetengah pelakon terpaksa mencari sumber pendapatan lain bagi menampung kehidupan.

“Sebab itu ada dalam kalangan artis Malaysia yang berniaga atau buat kerja lain. Sebab apa? Sebab permasalahan macam inilah.

“Kita ada bil, ada perut yang perlu diisi. Sebab itu jugalah ramai yang kecundang di tengah jalan kerana tidak mampu untuk terus bertahan,” kongsinya.

Sebelum ini, menerusi satu temu bual bersama media, Adam memberitahu tawaran tidak masuk akal daripada segelintir pihak produksi menjadi punca dia memilih untuk tidak menerima tawaran berlakon sejak setahun lalu.

Artikel Lain