PELAKON Adam Shahz mendedahkan bayaran tidak masuk akal yang ditawarkan oleh segelintir produksi menjadi punca dia memilih untuk tidak mengambil tawaran lakonan sejak lebih setahun lalu.Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abd Hamid, 46, berkata, dia ada menerima beberapa tawaran namun enggan menerima disebabkan kadar bayaran serendah RM300 sehari yang disifatkan menindas penggiat seni. “Bagi saya tawaran itu ada, tetapi tidak menepati cita rasa. Contohnya dulu kita boleh dapat RM2,000 ke RM3,000 sehari kalau bayaran harian.Adam tolak tawaran bayaran rendah.“Tetapi sekarang ini kebanyakan orang tawarkan kita RM300 ke RM400. Lepas itu mereka pandai, beritahu drama ini ada 30 episod dan bila kita teruja nak buat, rupanya mereka kata tiada bajet dan beri kadar sekitar RM600 sehari.“Saya rasa benda itu tidak bagus dalam industri kerana ia akan mengehadkan kreativiti pelakon. Pada akhirnya kita perlu makan dan ada bil yang perlu dibayar. Kalau dibiarkan, kesian sampai ada artis terpaksa minta bantuan zakat,” katanya kepada mStar ketika sidang media telefilem Miselia di RTM Angkasapuri pada Selasa. Dalam pada itu, Adam juga menjelaskan dia mencari inisiatif lain dengan menjadi tenaga pengajar bagi memastikan kelangsungan hidup sepanjang ketiadaan kerja di set penggambaran.ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh tak puas hati Adam Shahz buat reviu percuma, dakwa cuba jadi ‘hero’ ganggu periuk nasiARTIKEL BERKAITAN: Jumlah pengikut Instagram kurang 500,000, Adam Shahz berang syarikat produksi pilih bulu“Buat masa ini Alhamdulillah, walaupun saya tidak berlakon tetapi saya mengajar untuk bengkel-bengkel anjuran Finas. “Dalam masa yang sama, saya juga mengajar mengenai kesihatan mental untuk polis bantuan bersama seorang rakan. Itulah rutin saya sejak enam bulan ini.“Sebab itu saya masih boleh ketawa lagi. Kalau orang lain mungkin sudah menangis, tetapi Alhamdulillah saya masih bertahan walaupun ada masa perit juga,” ujarnya.Adam laksanakan tanggungjawab semampunya.Ditanya mengenai tanggungjawab nafkah anak, Adam menegaskan kewajipan tersebut tetap dilaksanakan sebaik mungkin mengikut kemampuan.“Alhamdulillah saya masih lagi mampu dan membayar nafkah seperti biasa.“Cuma kalau ada sebarang perkara berbangkit, saya akan bawa isu tersebut ke mahkamah untuk diselesaikan secara rasmi,” ujarnya.