suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarimah sokong luahan pengurus artis isu makanan basi di set penggambaran, saran produksi ambil berat aspek keselamatan

Sarimah menekan kepentingan menjaga persediaan makanan yang baik.

PELAKON Che Puan Sarimah mendedahkan pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital selepas mengalami keracunan dipercayai akibat mengambil makanan yang disediakan di set penggambaran.

Sarimah, 48, berkata dia sendiri pernah berdepan situasi itu namun bimbang aduan yang dibuat akan dianggap bersikap 'diva' dan terlalu memilih makanan.

Menurutnya, isu keselamatan makanan tidak wajar dipandang ringan kerana masalah berkaitan perut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang atau status.

Sarimah berkongsi pengalaman sakit perut selepas menikmati makanan di set penggambaran.

Sarimah berkongsi pengalaman sakit perut selepas menikmati makanan di set penggambaran. 

"Banyak kali dah saya masuk hospital lepas makan tapi kalau buat aduan dapat 'perut T20' lah tu. Hello, Sains tak belajar ke perut adalah perut. 

"Mana ada T20 ke apa, mengarut kan? Saya dah makan tempoyak, sambal belacan, nasi dengan kicap dan pasta, mi segera semua tak ada isu pun. Ini adalah tentang keselamatan penjagaan makanan," luahnya.

Sarimah berkongsi pandangan tersebut sebagai respons terhadap hantaran seorang pengurus artis yang meluahkan rasa kesal apabila artis di bawah jagaannya mendakwa diberikan makanan basi di set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim pernah tolak tawaran siri Netflix ‘Wednesday‘ demi prinsip moral, tak sanggup berlakon babak cium

ARTIKEL BERKAITAN: Penting kemahiran mendengar, Sarimah Ibrahim nasihat pelakon jangan ego lontar dialog

Pengurus itu berkata mereka tidak kisah jika bayaran diterima lewat atau berdepan pelbagai kesulitan sepanjang penggambaran, namun tidak sepatutnya artis diberikan makanan yang sudah basi.

"Menangis dengar artis aku beritahu makanan produksi sediakan basi. Bayaran lambat kami telan, jadual huru-hara kami telan, macam-macam lagi masalah kami telan. 

"Tapi takkanlah makanan basi pun artis nak telan. Kalau artis punya masalah masing-masing laju saja nak update itu ini. 

"Kalau bahagian mereka (produksi) semua diam saja, sebab apa? Demi periuk nasi. Sampai bila nak macam ni," luahnya.

 

Artikel Lain