suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudah dua tahun berdamai dengan takdir, Zizi Kirana tak tutup pintu hati untuk kembali berumah tangga

Zizi kini lebih berdamai dengan takdir.

DILIHAT tenang menjalani kehidupan selepas melalui kegagalan rumah tangga, penyanyi Zizi Kirana berkata dia kini sudah berdamai dengan takdir sejak dua tahun lalu.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, berkata tempoh tersebut digunakan untuk merawat hati dan mencari kekuatan menerusi misi kemanusiaan yang disertainya sejak kebelakangan ini.

"Kalau nak katakan berdamai dengan takdir, selama dua tahun itu saya dah belajar untuk melalui fasa 'healing'. Itu adalah fasa saya menerima semua keadaan yang berlaku.

Zizi sudah lama rawat hatinya.

"Jadi, bila Allah izinkan saya pergi misi kemanusiaan, saya ambil kebaikan yang Allah beri kepada saya supaya boleh melangkah ke hadapan.

"Mungkin orang nampak proses 'healing' itu berlaku sekarang, tapi sebenarnya saya sudah melalui fasa itu selama dua tahun dan sepanjang itu diisi dengan misi kemanusiaan," katanya.

Menurut Zizi, sepanjang tempoh tersebut dia sememangnya jarang menghadiri sebarang acara atau muncul di khalayak umum kerana mahu memberi tumpuan kepada proses memulihkan diri.

Bagaimanapun, Zizi berkata dia kini lebih bahagia menjalani kehidupan selain mahu memberi perhatian kepada diri sendiri, keluarga dan kerjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana dan keluarga Yusuf Bahrin masih baik tapi... “Dengan bekas suami memang terus putus“

ARTIKEL BERKAITAN: Promosi ‘Yang Tinggal’ tanpa Yasin dan Malique, Zizi Kirana pikul tanggungjawab besar... Harap dapat bersama sepentas

"Ketika itu saya memang jarang hadir ke mana-mana majlis dan tempat umum. Bila nak buat lagu pun saya susah nak beri fokus kerana itu adalah fasa saya melalui ujian tersebut.

"Saya lebih fokus kepada diri sendiri, keluarga dan orang-orang yang sentiasa mendoakan saya.

"Jadi, Alhamdulillah, Allah permudahkan dan semuanya sudah selesai. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang," kongsinya.

Dalam pada itu, Zizi mengakui tidak pernah menutup pintu hatinya selepas berdepan kegagalan rumah tangga dengan pelakon, Yusuf Bahrin.

Saya cuma mengikut apa yang diaturkan oleh-Nya.

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Malah, dia menyerahkan segala-galanya kepada aturan Allah SWT selain percaya setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai hikmah.

"Saya tak menolak apa-apa yang datang, saya tidak menutup pintu hati. Perkara itu adalah benda yang baik, Allah aturkan semuanya.

"Saya cuma mengikut apa yang diaturkan oleh-Nya. Kalau perkara itu mendatangkan kebaikan, Insya-Allah," ujarnya.

Zizi tak pernah takut untuk kembali menjadi isteri.

Ditanya pandangannya jika dilamar menjadi isteri kedua, pelantun lagu Eh itu berkata dia sebolehnya mahu mengelak daripada perkara tersebut kerana ia bukan sesuatu yang diingininya.

"Perkara itu saya sedaya upaya cuba elakkan. Saya cuma mampu berdoa supaya Allah berikan yang terbaik. Sebolehnya saya memang tak nak," jelasnya.

Untuk rekod, Zizi dan Yusuf, 34, mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 sebelum sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam pada April lalu.

Artikel Lain