PENYANYI Zizi Kirana memikul tanggungjawab besar apabila terpaksa mempromosikan lagu terbaharu berjudul Yang Tinggal secara bersendirian tanpa dua lagi rakan kolaborasinya iaitu Yasin Sulaiman dan Malique.Dalam hal ini, Zizi berkata dia tiada masalah untuk mempromosikan lagu tersebut secara solo kerana memahami situasi dua penyanyi berkenaan. “Saya sangat memahami keadaan abang saya dua orang ini, Abang Long (Malique) dan Abang Ngah (Yasin). Saya yang bongsu, jadi saya terpaksa mengalah.“Adik-adik memang akan mengalah dengan abang. Kita doakan semoga kalau ada rezeki nanti Abang Yasin sudah boleh keluar dan membuat persembahan bersama-sama saya. Kita doakan sahaja.Zizi sentiasa berharap dapat sepentas bersama Malique dan Yasin."Tapi Insya-Allah. Saya bawa roh dan semangat dua orang ini,” katanya.Menurut Zizi, dia sebenarnya sudah menjangkakan situasi tersebut sejak awal lagu berkenaan dihasilkan.Namun jauh disudut hatinya, dia berharap satu hari nanti mereka dapat bersatu di atas pentas sama.“Secara mental saya memang sudah bersedia yang saya akan buat persembahan lagu ini sendirian.ARTIKEL BERKAITAN: Yasin wajar diberi peluang... “Jangan ‘bunuh’ kreativiti anak seni”ARTIKEL BERKAITAN: Sejak janda, Zizi Kirana terima DM gambar lucah... ada wanita ajak bermadu“Cuma jauh di sudut hati, sekiranya Allah permudahkan satu hari nanti, mana tahu Abang Yasin boleh buat persembahan dengan saya. Sekurang-kurangnya kami dapat menyanyi berdua.“Untuk Abang Malique pula, Wallahualam... kita sudah tahu keadaan dia. Insya-Allah, mana tahu terbuka hati dia untuk buat persembahan nanti,” ujarnya.Dalam pada itu, Zizi mengakui bukan mudah untuknya menyampaikan lagu tersebut seorang diri kerana dia perlu membawa tiga karakter dalam satu karya.Pun begitu, dia memilih untuk mengekalkan rakaman suara pada bahagian Yasin semasa membuat persembahan secara langsung.Zizi pikul tanggungjawab bawa tiga karakter lama lagu.“Bagi saya, ia satu tanggungjawab yang sangat berat sebenarnya sebab saya kena sampaikan tiga karakter dalam satu lagu.“Kemudian kena hafal lirik. Untuk bahagian Abang Yasin, kalau saya persembahkan, saya memang tidak akan nyanyi. Saya akan biarkan suara Abang Yasin ada dalam lagu itu bersama saya di atas pentas.“Cuma untuk bahagian Abang Malique, saya memang kena nyanyi dan hafal. Jadi tanggungjawab itu sangat besar apabila diserahkan kepada saya untuk menyanyikan lagu ini secara berseorangan,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube