GITARIS kumpulan BumiPutra Rockers (BPR), Awang, menyifatkan pemergian sahabatnya, Allahyarham Joey, sebagai satu kehilangan besar buat dirinya dan anggota kumpulan itu.Bukan sekadar berjuang dalam bidang muzik yang sama, Awang atau Norzaini Mohammad, 63, juga memberitahu Joey merupakan sahabat lama yang dikenalinya sejak di bangku sekolah. "Saya mengenali arwah sejak tingkatan satu lagi sehingga tingkatan lima. Kami sebaya dan bersekolah di tempat yang sama.Joey seorang penyanyi yang bijak menghiburkan peminat."Memang tak dinafikan, dalam sebuah kumpulan bertahun-tahun, mesti ada pasang surutnya. Bila timbul masalah, masing-masing ada perangai dan pendirian sendiri hingga arwah mengambil keputusan keluar daripada BPR."Tapi itu cuma merajuk adik-beradik sahaja, bukannya kami berantakan atau berkerat rotan," katanya.Ketika dihubungi, Awang masih dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur bagi menziarahi Allahyarham buat kali terakhir selepas sahabatnya itu disahkan meninggal dunia pada pagi Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya naik pentas dan suruh cut persembahan” - Acong imbau detik terakhir sepentas Joey BPR, lagu ‘Aku Hanya Serangga‘ nyanyian terakhir arwah 'ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dedah Joey BPR beri ‘bayangan‘ hal kematian sebelum meninggal dunia, jenazah dikebumi selepas AsarBercakap tentang keperibadian Allahyarham, Awang memberitahu Joey merupakan seorang penyanyi yang hebat dan cukup bijak menghiburkan peminat setiap kali membuat persembahan."Arwah seorang yang sangat hebat di atas pentas. Stage fright dia tiada, dia pandai menguasai pentas dan mengawal penonton. Itu antara kelebihan utama arwah yang paling saya ingat," ujarnya.Allahyarham Joey atau Johari Mat Rozekhi, 63, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Sabtu selepas rebah tiba-tiba ketika membuat persembahan sempena program Laman Santai Seni Budaya Pesona Malaysia di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.Jenazah dibawa ke Masjid Ukay Perdana, Ampang, untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas solat Asar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube